Berita Harian

KAFA belum capai sasaran RM10 juta

-

Kuala Lumpur: Pasukan yang berdepan masalah kewangan, Kelantan, masih gagal mengumpulk­an dana sebanyak RM10 juta diperlukan untuk membiayai pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Walaupun mencapai persetujua­n dengan empat penaja semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani berkata badan induk itu masih gagal mencapai mengumpulk­an separuh daripada jumlah berkenaan.

“Malah saya menggunaka­n dana peribadi untuk membayar gaji pemain termasuk gaji bagi Disember kerana tajaan kami terima tidak mencukupi. Tetapi dengan beberapa tajaan yang menanti, ia akan mengurangk­an beban yang ditanggung KAFA.

“Dengan penaja bertanggun­gjawab terhadap perbelanja­an perjalanan dan peralatan, KAFA hanya perlu fokus terhadap bayaran gaji pemain,” katanya selepas majlis penajaan Al-ikhsan, Yakult dan Rohm Wako Electronic­s dengan KAFA di sebuah hotel di Subang Jaya, dekat sini, semalam.

Satu lagi syarikat iaitu Konsortium e-mutiara tidak hadir.

Mengulas lanjut Bibi berkata, masalah kewangan dihadapi oleh Kelantan itu menjadi punca mereka hanya mampu mengekalka­n sebanyak 20 peratus pemain musim lalu.

Mampu julang kejayaan

Biarpun merombak skuad The Red Warriors (TRW), presiden KAFA itu tetap yakin pasukannya mampu menjulang kejayaan dengan sasaran utama bagi menamatkan aksi musim ini dalam kedudukan kelompok lima terbaik Liga Super.

“Kami hanya mengekalka­n pemain tempatan yang masih mempunyai kontrak dengan Kelantan selain terpaksa membelanja­kan duit bagi mengikat empat pemain import,” katanya.

Bagi kempen 2018, Kelantan terus mengekalka­n tonggak import iaitu Margaro Gomis dari Senegal dengan mereka turut memancing dua pemain Brazil, Cassio de Jesus dan Bruno Lopes serta penyerang Indonesia, Ferdinand Sinaga ketika bekas penyerang UITM, Do Dong-hyun dari Korea Selatan melengkapk­an lima kuota import.

 ??  ?? Bibi (empat dari kiri) pada majlis penajaan Al-ikhsan, Yakult dan Rohm Wako Electronic­s dengan KAFA di Subang Jaya, semalam.
Bibi (empat dari kiri) pada majlis penajaan Al-ikhsan, Yakult dan Rohm Wako Electronic­s dengan KAFA di Subang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia