Berita Harian

Semangat juang, disiplin kunci kejayaan

-

Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee percaya anak buahnya adalah sandaran masa depan Malaysia selepas melakar sejarah mara ke suku akhir Kejohanan Bawah 23 (B23) AFC dengan mengejutka­n Arab Saudi 1-0 di Stadium Kunshan, malam tadi.

Katanya, semangat juang tinggi serta disiplin adalah kunci kepada kejayaan mereka melepasi halangan Kumpulan C selaku naib juara.

“Saya sangat berpuas hati dengan keputusan ini, kami mencipta sejarah. Kami mem- buktikan kita ada pemain yang boleh bermain untuk mencapai kejayaan pada masa depan.

“Pemain menunjukka­n karakter. Kita bukan saja mendapat keputusan baik dengan Jordan (seri 1-1) malah kita menewaskan Arab Saudi yang sudah lama kita tidak melakukann­ya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.

Kemenangan itu menyaksika­n Malaysia yang tampil buat kali pertama mengutip empat mata selepas seri 1-1 dengan Jordan dan tumpas kepada Iraq 1-4.

Iraq benam Jordan

Kemaraan skuad negara juga dibantu dengan kemenangan Iraq, juara 2013 yang menewaskan Jordan 1-0 dalam satu lagi aksi terakhir kumpulan di Stadium Changshu.

Dalam perlawanan itu, Arab Saudi jelas menguasai permainan, namun Malaysia mampu juga memperoleh gol menerusi rembatan Daniel Amier Nor Hisham pada minit ke-28.

Kim Swee tetap mempertaha­nkan persembaha­n anak buahnya biarpun mereka lebih banyak berkubu di kawasan sendiri.

“Saya tidak mahu menyentuh mengenai corak permainan kerana dalam perlawanan ini, keputusan lebih penting.

“Kita tahu selepas kita mendahului satu gol, Arab Saudi akan menyerang tapi pemain menunjukka­n disiplin yang tinggi ketika bertahan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia