Berita Harian

SIME DARBY PROPERTY

Tumpu rumah mampu milik

- Oleh Nasuha Badrul Huzaini nasuha@bh.com.my

Sime Darby Property menyasar untuk menjual sekurangku­rangnya 1,000 unit rumah kediaman tahun ini, di samping memberi tumpuan kepada pelancaran produk kediaman mampu milik.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Amrin Awaluddin, berkata pihaknya juga akan melancarka­n 1,000 unit kediaman mampu milik pada pertengaha­n tahun ini serta 500 unit rumah bertanah, bergantung kepada keadaan pasaran.

Beliau berkata, Sime Darby Property juga memfokuska­n kepada kawasan utama seperti perbandara­n Bandar Bukit Raja di Klang, City of Elmina di Shah Alam dan Serenia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Pelancaran berperingk­at

“Kami mempunyai beberapa pelancaran projek baharu yang akan dibuat secara berperingk­at sehinggala­h Disember ini. Bagi produk mampu milik kami, harga jualan adalah antara RM200,000 hingga RM270,000.

“Manakala bagi produk kediaman bertanah, anggaran harga jualan adalah antara RM500,000 hingga RM800,000. Bagaimanap­un, pelancaran setiap projek akan dibuat bergantung kepada keadaan semasa pasaran,” katanya pada sidang media selepas majlis Pelancaran Aspirasi Transforma­si Nasional (TN50) Sime Darby Property di Shah Alam, semalam.

Majlis pelancaran itu dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Yang hadir sama Pengerusi Sime Darby Property, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Projek sokong TN50

Inisiatif pertama ke arah mencapai TN50 Sime Darby Property adalah menerusi pembanguna­n lestari model perbandara­n bagi generasi akan datang City of Elmina.

Ia adalah sebahagian daripada usaha Sime Darby Property untuk menyokong visi negara bagi mencapai kedudukan 20 negara teratas dalam pembanguna­n ekonomi, kemajuan sosial dan inovasi menjelang tahun 2050.

Mengulas lanjut, Amrin berkata, City of Elmina adalah perbandara­n pertama yang dikhususka­n untuk kesejahter­aan dan kesesuaian hidup di negara ini.

“Secara keseluruha­n, ada lima taman presint di Elmina Central Park iaitu taman komuniti, taman perhutanan, taman kebudayaan, taman bandar dan taman sukan.

“Di samping itu, perbandara­n ini juga menyediaka­n trek basikal dan larian yang terpanjang di negara ini dengan jarak 90 kilometer. Semua kemudahan yang disediakan bertujuan untuk mempromosi tunggak utama kesejahter­aan komuniti, minda, fizikal, keluarga dan alam sekitar,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH ] ?? Khairy bersama Penasihat Lembaga Pemegang Amanah Pusat Penyelidik­an dan Pemulihan Hutan Hujan Tropika Bhd (TRCRC), Tun Abdullah Ahmad Badawi, Abdul Wahid (kanan) dan Amrin (dua dari kiri) memegang kapsul masa TN50 di Taman Komuniti TN50 Elmina selepas Majlis Pelancaran Aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) Sime Darby Property di Shah Alam, semalam.
[ FOTO ROSLIN MAT TAHIR/BH ] Khairy bersama Penasihat Lembaga Pemegang Amanah Pusat Penyelidik­an dan Pemulihan Hutan Hujan Tropika Bhd (TRCRC), Tun Abdullah Ahmad Badawi, Abdul Wahid (kanan) dan Amrin (dua dari kiri) memegang kapsul masa TN50 di Taman Komuniti TN50 Elmina selepas Majlis Pelancaran Aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) Sime Darby Property di Shah Alam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia