AEON unjur sektor runcit pulih
(M) Bhd, Poh Ying Loo, berkata sejak dua tahun lalu, segmen peruncitan berdepan situasi sukar, namun tahun ini ia kembali rancak.
“Walaupun banyak pusat beli-belah baharu di Lembah Klang, kami yakin mampu meneruskan momentum pertumbuhan positif dengan mengutamakan pengalaman belibelah pelanggan.
“Ia termasuk menawarkan budaya membeli-belah mesra pelanggan dan menepati gaya hidup masa kini,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian hadiah Peraduan ‘Spot&win’ Ulang Tahun Ke-33 AEON di Kuala Lumpur, semalam.
Peraduan dengan kerjasama Visa Malaysia yang diadakan dari 24 Ogos hingga 22 Oktober lalu mengumumkan Lai Thin Theen sebagai pemenang utama dengan membawa pulang Honda BRV, baucar AEON bernilai RM3,300 dan mata keahlian AEON 33,000.
Buka cawangan di Kuching
Mengulas lanjut mengenai pengembangan cawangan terbaru AEON, Ying Loo berkata, syarikat berkenaan dijangka membuka cawangan pertamanya di Kuching, Sarawak menjelang suku pertama tahun ini dengan nilai pelaburan lebih RM200 juta dalam usaha menembusi pasaran Sabah dan Sarawak.
“Kami melihat pasaran Sabah dan Sarawak secara keseluruhannya dan mengambil keputusan untuk membuka cawangan pertama di Kuching terlebih dahulu.
“Kami akan lihat dulu maklum balas pengguna dan menyaksikan bagaimana seterusnya, kerana berasakan ini adalah masa yang sesuai untuk meneroka pasaran di Sabah dan Sarawak,” katanya.
Sempena Tahun Baharu Cina, AEON mengadakan jualan hebat bermula 19 Januari hingga 18 Februari depan dengan potongan lebih 70 peratus.
Pelanggan juga berpeluang mendapatkan patung AEON Wang Buddy istimewa dengan pembelian setiap RM30 dan ke atas.