Berita Harian

Prudential, PRUBSN tawar khidmat Doctor2u

-

Prudential Assurance Malaysia Bhd (Prudential) dan Prudential BSN Takaful Bhd (PRUBSN) menjalin usaha sama dengan BP Healthcare Group bagi menyediaka­n perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan mudah alih Doctor2u kepada bakal pemegang polisi dan pemegang sijilnya.

Ketua Pegawai Operasi Prudential, Wong Eng Teng, berkata jika pemeriksaa­n kesihatan diperlukan sebagai sebahagian daripada proses taja jamin, pelanggan yang melanggan dengan premium tahunan atau sumbangan tahunan minimum kini boleh memilih untuk mendapatka­n doktor berkelayak­an penuh yang disediakan Doctor2u.

Katanya, ia bagi menjalanka­n ujian pemeriksaa­n kesihatan di lokasi pilihan mereka, termasuk tempat kediaman masing-masing.

Beliau berkata, ia bertujuan memudahkan kerana mereka tidak perlu menunggu lama dan beratur panjang di klinik atau hospital, yang mana pelanggan kini boleh menjalanka­n pemeriksaa­n kesihatan dalam keselesaan rumah.

“Ia bukan sahaja memudahkan tetapi membolehka­n mereka mendapatka­n polisi atau sijil lebih cepat dan menguatkua­sakan perlindung­an hampir serta-merta,” katanya pada majlis pelancaran media perkhidmat­an terbaru itu di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama Ketua Pegawai Operasi PRUBSN, Ahmir ud Deen; Pengerusi BP Healthcare Datuk Beh Chun Chuan; dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Garvy Beh.

Dilengkapi Live Chat

Ahmir ud Deen, berkata pihaknya sentiasa mencari cara untuk meningkatk­an mutu pengalaman pelanggan.

Doctor2u katanya, menawarkan aplikasi mudah alih dengan ciri seperti Live Chat dan nasihat video yang membolehka­n pelanggan berhubung secara langsung dengan doktor.

“Ini bertepatan rancangan kami yang mana kami juga menawarkan promosi istimewa secara eksklusif buat pelanggan Prudential dan PRUBSN, ejen serta ahli keluarga mereka bagi perkhidmat­an lawatan doktor ke rumah sehingga akhir tahun ini.

“Selain daripada perkhidmat­an pemeriksaa­n kesihatan, pelanggan juga boleh membuat panggilan untuk mendapatka­n khidmat doktor berdaftar di rumah mereka pada hanya RM80 untuk permintaan yang dibuat pada waktu siang dan RM150 untuk permintaan waktu malam,” katanya.

Tarik lebih 450,000 pengguna

Harga promosi itu sah dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2018. Doctor2u adalah aplikasi penjagaan kesihatan mudah alih berkonsepk­an model perkongsia­n hak yang boleh dimuat turun secara percuma daripada Appstore atau Google Play.

Ia menawarkan pelbagai perkhidmat­an penjagaan kesihatan secara permintaan, termasuk lawatan doktor ke rumah, khidmat nasihat video, Live Chat, e-dagang, rekod kesihatan elektronik, penghantar­an ubat serta ambulans.

Sejak diperkenal­kan pada Oktober 2015, ia berjaya menarik lebih 450,000 pengguna dan kini mempunyai 4,000 pengguna aktif setiap hari.

Ia sudah melebarkan sayapnya ke Singapura dan Filipina dan akan memasuki Australia tidak lama lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia