Berita Harian

Shopee sasar jana nilai dagangan kasar lebih RM20.05B

-

Platform e-dagang, Shopee menjangka menjana nilai dagangan kasar (GMV) yang lebih baik pada tahun ini, berbanding AS$5 bilion (RM20.05 bilion) yang direkodkan tahun lalu.

Pengarah Urusan Serantau, Ian Ho, berkata sasaran ditetapkan khususnya melalui promosi yang dijalankan sepanjang 2018.

Katanya, Shopee sentiasa menjalin kerjasama rapat dengan usahawan dan jenama yang memasarkan produk menggunaka­n platform itu.

“Sejak 2015, Shopee sudah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam serta Filipina malah Malaysia sendiri menunjukka­n perkembang­an positif dari semasa ke semasa.

“Shopee juga dilihat sebagai aplikasi nombor satu yang sentiasa dimuat turun dan kami berharap perkembang­an ini akan berterusan, sekali gus memberi pengalaman beli-belah dalam talian terbaik kepada masyarakat di negara ini,” katanya kepada media di majlis pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur, semalam.

sertai platform

Ho berkata, pihaknya mengalualu­kan usahawan baharu memasarkan produk di Shopee dan untuk negara ini sahaja, pihaknya mempunyai lebih 200,000 penyertaan usahawan dengan pelbagai produk dijual.

Menurutnya, setakat ini, lebih kurang lima juta pengguna memuat turun aplikasi Shopee.

Beliau berkata, Shopee akan terus berusaha meningkatk­an kualiti hidup pengguna dan perniagaan di rantau ini menerusi teknologi, di samping menyediaka­n pengalaman beli-belah yang mudah, pantas serta boleh dipercayai.

Sempena kempen yang bermula Isnin lalu hingga 23 Februari ini, pengguna boleh menyertai permainan untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas setiap hari.

Lebih RM1 juta hadiah ditawarkan kepada pengguna yang mengambil bahagian.

Shopee juga bekerjasam­a dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall untuk melancarka­n promosi dan potongan harga sehingga 90 peratus ke atas pelbagai produk.

 ?? [ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD] ?? Ho (tiga dari kanan) menggaul Yee Sang pada pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD] Ho (tiga dari kanan) menggaul Yee Sang pada pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia