Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak mentah Brent menghampir­i paras AS$70 satu tong semalam, paras tertinggi sejak 2014.

Harga didorong oleh penguranga­n pengeluara­n di negara OPEC dan Russia serta permintaan yang kukuh berikutan pertumbuha­n ekonomi yang sihat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent merosot 30 sen atau 0.4 peratus kepada AS$69.96 satu tong pada 0748 GMT daripada penutup sebelumnya.

Brent mencecah paras AS$70.37 satu tong pada Selasa, menyamai paras tertinggi pada Disember 2014

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) berada pada AS$ 64.47 satu tong, meningkat 17 sen atau 0.3 peratus daripada penyelesai­an terakhir.

WTI mencecah paras tertinggi Disember 2014 kepada AS$64.89 pada awal dagangan.

Minyak didagangka­n lebih tinggi disokong oleh usaha yang diketuai Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan Russia untuk mengurangk­an pengeluara­n sejak Januari tahun lalu.

Pemotongan bekalan ini dijangka bertahan sepanjang 2018.

Pemotongan bekalan ini bertepatan dengan permintaan minyak yang kukuh, mendorong harga minyak mentah untuk naik lebih 15 peratus sejak awal Disember lalu.

“Peningkata­n ini didorong oleh asas yang kukuh, dengan pertumbuha­n permintaan yang tinggi dan pematuhan OPEC yang tinggi,” kata bank AS Goldman Sachs dalam satu nota, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia