Berita Harian

FBM KLCI menokok 0.12 mata

Belian saham wajaran tinggi terpilih kekang kerugian awal

-

Bursa Malaysia ditutup bercampurc­ampur semalam susulan aktiviti pembelian saham wajaran tinggi terpilih pada saatsaat akhir yang mengekang kerugian awal, kata peniaga.

Prestasi bercampurc­ampur itu turut dicatatkan oleh pasaran serantau lainnya.

Pada jam 5 petang, petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup dengan menokok 0.12 mata kepada 1,826.03 berbanding 1,825.91 ketika ditutup kelmarin.

Indeks penanda aras itu yang meningkat 1.77 mata kepada 1,827.68 sewaktu dibuka, turut berlegar dalam lingkungan 1,818.64 dan 1,827.68 sepanjang sesi dagangan semalam.

Sentimen pasaran bagaimanap­un suram apabila kaunter rugi mengatasi untung, iaitu 765 berbanding 324, manakala 358 tidak berubah, 376 tidak didagangka­n dan 22 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6.53 bilion unit bernilai RM3.37 bilion daripada 5.40 bilion unit bernilai RM3.33 bilion pada Isnin.

Peniaga berkata, bursa Asia mencatat dagangan bercampurc­ampur semalam berikutan tindakan pelabur yang lebih bersikap menunggu pengumuman data perolehan Amerika Syarikat serta keputusan kadar faedah oleh pihak Bank of China, hari ini.

Menurutnya, kalangan pelabur juga lebih teruja dengan kemungkina­n peralihan dasar lebih tegas oleh bank pusat di Eropah dan Jepun serta prospek politik yang lebih baik di rantau Eropah.

Indeks FBM Emas susut 16.26 mata kepada 13,188.04 manakala Indeks FBMT 100 berkuranga­n 11.49 mata kepada 12,835.82 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 19.66 mata kepada 13,640.43.

Indeks Kewangan susut

FBM 70 turun 56.27 mata kepada 16,423.43, manakala FBM ACE jatuh 39.68 mata kepada 6,780.76.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan berkuranga­n 19.86 mata kepada 17,190.80, Indeks Perusahaan merosot 37.64 mata kepada 3,356.42, manakala Indeks Perladanga­n turun 28.72 mata kepada 8,095.68.

Saham wajaran tinggi pula menyaksika­n Maybank, Public Bank dan CIMB Group masingmasi­ng tidak berubah pada RM9.85, RM20.88 dan RM6.79, TNB untung enam sen kepada RM15.88 dan PETRONAS Chemicals naik satu sen kepada RM8.19.

Bagi saham aktif, Sumatec dan Daya Materials masingmasi­ng naik 1.5 sen kepada 12 sen dan 10.5 sen, Perisai Petroleum menambah empat sen kepada sembilan sen, manakala Globaltec meningkat 0.5 sen kepada enam sen.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 4.89 bilion bernilai RM3.14 bilion daripada 3.93 bilion unit bernilai RM3.08 bilion pada Isnin.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan turut meningkat kepada 1.12 bilion saham bernilai RM148.64 juta daripada 871.20 juta saham bernilai RM153.36 juta pada Isnin.

Jumlah waran berkuranga­n kepada 510.20 juta unit bernilai RM80.60 juta daripada 596.12 juta unit bernilai RM102.41 juta.

Barangan pengguna menyumbang sebanyak 139.51 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (1.12 bilion), pembinaan (283 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (3.03 bilion), teknologi (100.51 juta), infrastruk­tur (6.89 juta), SPAC (4.56 juta), kewangan (63.01 juta), hotel (666,600), hartanah (94.18 juta), perladanga­n (40.74 juta), perlombong­an (1.43 juta), REIT (3.93 juta) dan dana tertutup (94,000).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia