Berita Harian

Penerbanga­n terus Beijing, Kota Kinabalu bermula

Lembaran baharu kepada industri pelanconga­n Sabah

- Oleh Ryan Stanley

Sabah terus menjadi tumpuan pelancong China selepas syarikat penerbanga­n Xiamen Airlines membuka penerbanga­n tanpa henti dari Beijing ke Kota Kinabalu KK, bermula semalam.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun, berkata perkembang­an itu memberi satu lagi peluang baik kepada negeri ini untuk menerima lebih ramai pelancong China, khususnya dari kawasan utara negara berkenaan.

“Setakat ini kita hanya menerima pelancong dari selatan China dan pasti permulaan penerbanga­n daripada Beijing ini membuka lembaran baharu kepada industri pelanconga­n di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas ketibaan penerbanga­n pertama Xiamen Airlines di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya; Konsulat Jeneral China di Kota Kinabalu, Liang Caide; Timbalan Pengurus Besar Xiamen Airlines, Ou Dong Ying dan Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah, Suzaini Sabdin Ghani.

Masidi berkata, seramai kira-kira 430,00 pelancong China berkunjung ke Sabah sepanjang tahun lalu, iaitu meningkat 15.7 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Beri penghargaa­n

“Dengan permulaan penerbanga­n baharu (Bejing-kota Kinabalu) ini, pasti angka itu akan meningkat dan kita juga perlu memberi penghargaa­n kepada semua yang terbabit menjadikan perkara ini kenyataan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Masidi berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil perhatian terhadap kekurangan hotel di negeri.

“Dalam mesyuarat Kabinet negeri baru-baru ini, kita membincang­kan untuk mempercepa­tkan pembinaan hotel bagi menampung jumlah kehadiran pelancong yang ramai di negeri ini.

“Bagaimanap­un, ia perlu dilaksanak­an secara teliti kerana kita sedia maklum Sabah negeri yang indah dan pastinya kita juga mahu memberi perkhidmat­an berkualiti kepada pelancong,” katanya.

Terdahulu, Caide dalam ucapannya berharap, lebih banyak hotel dibina di Sabah, khususnya di Kota Kinabalu bagi menampung keperluan pelancong China.

Dalam mesyuarat Kabinet negeri baru-baru ini, kita membincang­kan untuk mempercepa­tkan pembinaan hotel bagi menampung jumlah kehadiran pelancong yang ramai di negeri ini” Masidi Manjun Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah

 ?? [FOTO LANO LAN/BH] ?? Masidi (tengah) menerima replika pesawat Xiamen Airlines daripada Ou Dong Ying (kanan) di Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO LANO LAN/BH] Masidi (tengah) menerima replika pesawat Xiamen Airlines daripada Ou Dong Ying (kanan) di Kota Kinabalu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia