Berita Harian

Kelab usaha kesan bekas anggota MP, balu

-

Kuching: Kelab Veteran Kor Polis Tentera Diraja Sarawak berusaha menjejaki bekas anggota pasukan itu, termasuk balu mereka di negeri ini, bagi memudahkan penyaluran bantuan.

Pengerusin­ya, Joseph Embrose, berkata pihaknya yakin ada ramai veteran dan balu bekas anggota MP di negeri ini yang kebanyakan­nya tinggal di luar bandar dan terlepas pandang oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Sarawak.

“Kami ingin menjejaki veteran dan balu veteran yang masih tidak tahu kewujudan Kelab Veteran MP Sarawak, menyebabka­n mereka ketinggala­n dari sudut kebajikan.

“Banyak bantuan daripada JHEV Sarawak yang sepatutnya mereka nikmati sekarang tetapi mereka tidak tahu mengenainy­a kerana terputus hubungan,” katanya ketika ditemui di sini.

Joseph berkata, dengan menyertai keahlian Kelab Veteran MP Sarawak, mereka akan dapat dibantu dari segi pengurusan hal kematian seperti penyediaan khemah, kerusi, meja dan anggota pengusung jenazah kepada ahli keluarga yang terbabit.

Nikmati bantuan

Selain itu, katanya, mereka juga boleh menikmati bantuan membaik pulih rumah yang rosak dan daif daripada JHEV Sarawak dan bantuan biasiswa pendidikan untuk anak yang cemerlang.

Joseph berkata, baru-baru ini pihaknya mengadakan program amal dengan menyampaik­an sumbangan hamper kepada enam keluarga ahli Kelab Veteran MP Sarawak di sini.

Beliau berkata, pihaknya akan mencari lebih ramai penderma yang boleh menyumbang­kan barang dapur seperti beras, gula, tepung dan minyak masak untuk disalurkan kepada bekas anggota.

“Ini bagi membantu meringanka­n perbelanja­an harian bagi ahli yang betul-betul memerlukan kerana objektif kami adalah cuba untuk membantu memastikan kebajikan veteran MP,” katanya.

Kelab Veteran MP Sarawak yang ditubuhkan pada 30 Disember tahun lalu, setakat ini mempunyai seramai 80 orang ahli.

 ??  ?? Joseph bersama ahli jawatankua­sa Kelab Veteran MP Sarawak menyampaik­an hamper kepada balu veteran MP.
Joseph bersama ahli jawatankua­sa Kelab Veteran MP Sarawak menyampaik­an hamper kepada balu veteran MP.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia