Berita Harian

HUS tampung kos rawatan pesakit lebih RM16 juta

Penduduk digesa ambil langkah awal cegah penyakit ancam nyawa

- Oleh Mohd Latif Ahmad

Lebih RM16 juta dibelanjak­an Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menampung kos perubatan pesakit buah pinggang, tahun lalu.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata kos itu dapat dikurangny­a jika lebih ramai penduduk menyedari langkah pencegahan penyakit berkenaan.

Beliau berkata, jumlah pesakit buah pinggang yang menjalani dialisis di negeri ini sepanjang tahun lalu seramai 1,927 orang dan beliau berharap tiada peningkata­n jumlah itu selepas ini.

“Biasanya, kegagalan buah pinggang tidak menunjukka­n sebarang tanda pada awalnya dan sebab itulah ia dipanggil ‘pembunuh senyap”.

Buat saringan kesihatan

“Orang ramai harus tahu cara untuk mencegah penyakit kegagalan buah pinggang terutamany­a kerap bersenam, mengawal berat badan, mengamalka­n diet makanan yang seimbang, mengawal serta memantau kadar kolesterol, tekanan darah dan gula dalam badan termasuk kerap membuat saringan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Lawatan Perkhidmat­an Pusat Dialisis Amal CHKMUS-MAA MEDICARE di sini, semalam.

Fatimah berkata, setakat tahun lalu, terdapat sebanyak 46 pusat dialisis swasta di seluruh Sarawak, dengan 415 mesin haemodiali­sis disediakan untuk kemudahan pesakit.

Penderma organ sedikit

“Setiap pesakit buah pinggang perlu menjalani sekurang-kurangnya tiga kali dialisis dalam seminggu yang memakan masa sekurang-kurangnya empat jam satu sesi,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi CHK Moral Uplifting Society Kidney Foundation, Datuk Tay Chin Kin berkata, dianggarka­n kira-kira 100,000 rakyat negara ini akan mengalami masalah kegagalan buah pinggang menjelang 2040, jika tiada usaha untuk mencegahny­a.

Beliau berkata, setakat ini terdapat kira-kira 40,000 orang yang menderita penyakit berkenaan dan ia amat membimbang­kan kerana rawatan dialisis tidak akan menyembuhk­an penyakit ini, kecuali menerusi pemindahan organ.

“Jumlah penderma buah pinggang pula sangat rendah di negara ini. Ia disebabkan kesedaran dalam kalangan masyarakat kita amat rendah,” katanya.

Kegagalan buah pinggang tidak menunjukka­n sebarang tanda pada awalnya dan sebab itulah ia dipanggil pembunuh senyap” Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak

 ?? [FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] ?? Fatimah melihat pesakit buah pinggang menjalani dialisis di CHKMUS-MAA MEDICARE, Kuching, semalam.
[FOTO MOHD LATIF AHMAD/BH] Fatimah melihat pesakit buah pinggang menjalani dialisis di CHKMUS-MAA MEDICARE, Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia