Berita Harian

UMSKAL bantu jana ekonomi setempat

-

Labuan: Kehadiran pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) membantu menjana ekonomi setempat dan merancakka­n industri pelanconga­n.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, berkata kehadiran pelajar dari luar yang melanjutka­n pengajian ke kampus berkenaan memberi kesan besar kepada ekonomi, pertambaha­n penduduk dan industri pelanconga­n tempatan.

“Sebagai Ahli Parlimen Labuan, saya berbangga kerana pulau bebas cukai ini mempunyai sebuah universiti awam, sekali gus memberi impak bukan saja dalam bidang pendidikan, malah ekonomi serta sektor lain yang berkaitan seperti pelanconga­n.

“Dengan adanya kampus cawangan UMS di sini, ia juga dapat menarik minat generasi muda di Labuan untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya ketika berucap pada program Sesi Ramah Mesra Ahli Parlimen Labuan dengan Badan Kepemimpin­an Pelajar UMSKAL di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMS, Prof Dr Ismail Ali dan Timbalan Pengarah UMSKAL, Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal.

Banyak peluang pekerjaan

Sementara itu, Rozman yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, berkata pada tahun ini ekonomi Labuan dijangka berkembang positif dan menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan, termasuk kepada graduan UMSKAL.

Beliau juga yakin menerusi kemahiran dan kepakaran pelajar UMSKAL yang menuntut di Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan dan Fakulti Komputeran dan Informatik dapat digunakan untuk membantu membangunk­an Labuan.

“Graduan UMSKAL juga perlu merebut peluang pekerjaan dan perniagaan yang ditawarkan di pelbagai sektor kerajaan dan swasta di Labuan.

“Saya berharap mahasiswa akan turut membantu membangunk­an pulau ini,” katanya.

 ?? [FOTO AZRI ONN/BH] ?? Rozman (kanan) memberi penerangan kepada pelajar UMSKAL, di Labuan, kelmarin.
[FOTO AZRI ONN/BH] Rozman (kanan) memberi penerangan kepada pelajar UMSKAL, di Labuan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia