Berita Harian

Kadar jenayah di Sarawak menurun

Bukti kerja keras, komitmen padu warga polis

- Oleh Khalid Latip

Kadar jenayah di negeri ini mencatatka­n penurunan sebanyak 425 kes atau enam peratus sepanjang tahun lalu, berbanding 2016.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata perkembang­an itu hasil kerja keras, semangat kerjasama dan komitmen padu dalam kalangan warga polis.

Beliau berkata, jenayah harta benda menurun sebanyak 356 kes atau enam peratus, diikuti dengan penurunan jenayah kekerasan sebanyak 69 kes atau tujuh peratus.

“Kes kecurian kereta mencatat penurunan sebanyak 170 kes atau 23 peratus, pecah rumah 213 kes atau 14 peratus dan curi van dan jentera berat 111 kes atau 59 peratus.

“Bagaimanap­un, kes curi motosikal terus mencatatka­n peningkata­n sebanyak 248 kes atau 12 peratus,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Meradong di sini, semalam.

Pada majlis itu, bekas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Padawan, Deputi Superinten­dan Sofian Abu Bakar, 41, menerima tugas daripada pemangku Ketua Polis Daerah Meradong, Inspektor Sawandi Brahim.

Bekerja lebih gigih

Dev berkata, kadar jenayah di setiap daerah juga menurun dan hanya sebahagian kecil yang meningkat tetapi tidak ketara.

“Walaupun kadar jenayah menurun dan tidak ada kes yang mencabar tahun lalu, polis tidak boleh mendabik dada, sebaliknya akan terus berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan Sarawak terus aman.

“Polis amat menghargai peranan media dan masyarakat dalam membantu memerangi jenayah di kawasan masing-masing,” katanya.

Polis tidak boleh mendabik dada, sebaliknya akan terus berusaha dengan lebih gigih bagi memastikan Sarawak terus aman” Dev Kumar, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

 ?? [FOTO KHALID LATIP/BH] ?? Dev Kumar (tengah) menyaksika­n acara serah dan terima tugas antara Sawandi (kanan) dan Sofian di Bintangor, semalam.
[FOTO KHALID LATIP/BH] Dev Kumar (tengah) menyaksika­n acara serah dan terima tugas antara Sawandi (kanan) dan Sofian di Bintangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia