Berita Harian

Lima sekolah rendah terjejas banjir ditutup

-

Kuching: Lima sekolah rendah yang mempunyai 379 murid terpaksa ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan paras air mencapai tahap membimbang­kan kerana hujan lebat di beberapa kawasan pedalaman negeri ini, terutama yang terletak berhampira­n sungai.

Ia membabitka­n dua sekolah di Baram iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bong yang mempunyai 121 murid dan SK Kuala Bok yang dengan 62 murid.

Turut ditutup SK Nanga Bon di Sibu yang mempunyai 64 murid, SK Kuala Kenyana di Mukah (40 murid) dan SK Rumah Ranggong di Subis dengan 92 murid.

Jalan tenggelam

Jurucakap Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata antara sebab utama penutupan ialah bangunan dan jalan masuk ke sekolah ditenggela­mi air.

Beliau berkata, sembilan lagi sekolah turut terjejas apabila banjir melanda kawasan sekitarnya, namun masih dibenarkan beroperasi hari ini dengan pemantauan dijalankan untuk memastikan paras air tidak membahayak­an murid dan guru.

Sekolah yang terjejas itu ialah SK Sungai Manong di Subis, SK Sungai Kelabit dan SK Sungai Seputi di Miri, SK Pengarah Enteri, SK Sungai Peking dan SK Long Teru di Baram, SK Sungai Anak, SK Sungai Buloh dan SK Iban Union di Selangau.

Sementara itu, bacaan paras air di 10 stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri ini menunjukka­n bacaan agak baik apabila tiada yang merekodkan paras air naik pagi ini.

Lima daripada stesen terbabit mencatatka­n bacaan mendatar iaitu stesen Muput dan Kuala Binyo di Bintulu, Kuala Tutong, Long Jegan dan Batu Niah Bazaar di Miri.

Pemantauan berterusan

Lima stesen lagi mencatatka­n penurunan iaitu Rumah Abua dan Long Panai di Miri, Asajaya Water Intake di Kota Samarahan, Jalan Bintulu - Belaga di Bintulu dan Ukong di Limbang.

“Pemantauan berterusan dijalankan walaupun ramalan Jabatan Meteorolog­i mendapati tiada hujan di negeri ini hari ini, kecuali dua kawasan di wilayah tengah iaitu Sibu dan Sarikei,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia