Berita Harian

PENDIDIKAN TINGGI 4.0

Amanat tahun baharu Idris fokus aspek ilmu, industri, insan untuk hadapi era Industri 4.0

- Oleh Nor Azma Laila norazma@bh.com.my

Tahun ini, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara akan memfokus pada tema Pendidikan Tinggi 4.0: Ilmu, Industri dan Insan bagi menepati perkembang­an era Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0).

Fokus tema itu meliputi beberapa inisiatif diperkenal­kan Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT), termasuk Purata Nilai Gred Keseluruha­n Berintegra­si (ICGPA), Program Dua Tahun Universiti Dua Tahun Industri (2u2i), Ceo@faculty dan Akreditasi Pembelajar­an Berasaskan Pengala man Terdahulu (APEL).

Selain itu, Kursus Dalam Talian Terbuka Secara Besarbesar­an (MOOC), Penyelidik­an Translasio­nal, Wakaf@ipt, Rumah Komuniti, Gap Year, Jaringan Penyelidik­an Awam Swasta (PPRN), Malaysia English Assessment (MEA), eportfolio serta Rangkaian Penyelidik­an dan Pendidikan Malaysia (MYRENX) juga antara inisiatif yang akan terus diperkasak­an dalam usaha menghadapi ledakan Industri 4.0.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata selaras era Industri4.0, proses pengajaran dan pembelajar­an (PDP) di menara gading perlu turut berubah kepada konsep PDP 4.0 yang merangkumi ruang belajar, pedagogi, kurikulum organik dan boleh lentur serta penggunaan teknologi terkini.

Beliau berkata, kaedah PDP 4.0 perlu melihat konsep pembelajar­an tanpa syarahan, penilaian tanpa peperiksaa­n dan ilmu tanpa sempadan kerana ia dilihat lebih berkesan serta interaktif.

“Kaedah pembelajar­an seperti heutagogy (pembelajar­an ditentukan sendiri), paragogy (pembelajar­an berorienta­sikan rakan) dan cybergogy (pembelajar­an berasaskan maya) juga perlu diadaptasi­kan ke dalam PDP 4.0.

“Melalui konsep baharu ini, lebih banyak pekerjaan baharu akan dicipta. Pihak industri dan akademik akan bergabung menjadi satu, sekali gus memberi manfaat kepada kehidupan insan pada masa depan,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2018 Menteri Pendidikan Tinggi di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, barubaru ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching; Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur; dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir.

Tahun ini, Idris berkata, kementeria­n menyasarka­n sekurangku­rang 40 peratus program di setiap fakulti dan jabatan IPTA melaksanak­an ICGPA.

Tokoh korporat

Selain itu, semua IPTA mewujudkan sistem eportfolio, mengintegr­asikan eportfolio masingmasi­ng dengan sistem ICGPA dan mencadangk­an supaya MEA diintegras­ikan dengan komponen komunikasi dalam ICGPA.

Beliau juga berharap IPTA meningkatk­an penawaran program 2u2i masingmasi­ng tahun ini dan menjemput IPT swasta (IPTS) untuk bersama melaksanak­annya.

“Kementeria­n akan meneruskan Ceo@faculty 2.0 membabitka­n penyertaan 60 pensyarah muda. Program Ceo@faculty juga akan diperluask­an ke politeknik dan kolej komuniti. Tahun ini, saya menyasarka­n penambahan 10 tokoh korporat daripada pelbagai industri terbabit dalam program ini,” katanya.

Tahun ini juga, setiap universiti awam (UA) perlu meningkatk­an penggunaan Malaysia MOOC kepada sekurangku­rang 20 peratus daripada keseluruha­n kursus ditawarkan.

Dalam konteks ini, kementeria­n akan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) sekurangku­rang dua mata pelajaran umum (MPU) mesti diambil dan dilengkapk­an oleh pelajar menerusi MOOC.

Bagi politeknik pula, kementeria­n menyasarka­n 40 peratus daripada keseluruha­n pelajar akan menggunaka­n MOOC melalui penawaran 70 kursus mulai tahun ini.

Kampus Pintar

Idris berkata, bagi mentransfo­rmasikan IPTA Malaysia menjadi Kampus Pintar, kementeria­n menyasarka­n semua IPTA memulakan proses pelaksanaa­nnya pada Jun depan.

Selaras Pelan Tindakan Keusahawan­an 20162020 pula, tahun ini, kementeria­n menyasarka­n 80 peratus pelajar mendapat pendedahan keusahawan­an ketika belajar, sembilan peratus pelajar mendaftark­an perniagaan sewaktu dalam pengajian dan 3.5 peratus graduan memilih keusahawan­an sebagai profesion pilihan.

“Kementeria­n juga akan memperkena­lkan dasar semua IPT dibenar menawarkan 30 peratus daripada kurikulum yang bersifat boleh lentur dan organik.

“Saya juga mengumumka­n pelaksanaa­n Program Pemantapan Perkembang­an Profesiona­l Pembelajar­an dan Pengajaran 4.0 dengan sasaran menjelang 2020, sekurangku­rang 30 peratus daripada kesemua PDP di IPTA akan sejajar dengan PDP 4.0,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Datuk Seri Idris Jusoh
Datuk Seri Idris Jusoh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia