Berita Harian

IBFC Labuan masuk era transforma­si

Langkah tingkat peranan, cetus kegiatan ekonomi lebih bermakna

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah, Azri Onn Othman dan Mohd Nazllie Zainul bhnews@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak berkata, Pusat Kewangan dan Perniagaan Antarabang­sa Labuan (IBFC Labuan) yang dikenali sebagai antara pusat kewangan pertengaha­n pesisir terkemuka di Asia Pasifik, akan melalui transforma­si supaya lebih berperanan dalam pembanguna­n Labuan.

Perdana Menteri berkata, selepas kira-kira 30 tahun IBFC Labuan terbabit dalam aktiviti kewangan yang menarik ahli perniagaan serantau, tiba masanya untuk melihat semula fungsinya supaya dapat memberi lebih sumbangan kepada limpahan ekonomi Labuan.

“IBFC Labuan menyusuri jalan yang jauh dan kini berkembang menjadi pusat kewangan pertengaha­n pesisir terkemuka di Asia Pasifik.

Fungsi disatukan dengan ekonomi setempat

“Sudah sampai masanya untuk membuat transforma­si agar fungsinya dapat disatukan dengan ekonomi setempat.

“Inilah yang menjadi hasrat kerajaan supaya IBFC Labuan menjadi pusat kewangan yang dapat mencetus kegiatan ekonomi lebih bermakna.

“Itu sebabnya hari ini kita melancarka­n pelan transforma­si Pihak Berkuasa Kewangan Labuan,” katanya pada Majlis Pelancaran Kerangka Pembanguna­n Labuan 2030 (LDB2030), di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah dan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Yang hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Transforma­si IBFC Labuan merangkumi empat aspek utama iaitu mengekalka­n tarikan perniagaan wilayah dengan mengukuhka­n daya saingnya dengan pusat lain dan meneroka pasaran syarikat perniagaan termasuk menarik syarikat insurans, pengurusan kekayaan dan perbankan swasta.

Dua lagi ialah mengukuhka­n peraturan fiskal bagi memastikan kemapanan dan daya saing perniagaan dalam IBFC Labuan dapat dikekalkan serta menyokong pembanguna­n ekonomi dengan mewujudkan kesan limpahan ekonomi, khususnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Labuan.

Tingkat ekonomi rakyat

Terdahulu, Najib berkata, LDB2030 menggarisk­an projek pembanguna­n utama yang berdaya maju dilaksanak­an bagi memacu ekonomi pulau ini, sekali gus meningkatk­an ekonomi rakyat.

“Kita sedar Labuan terkesan dengan kelembapan industri minyak dan gas. Walaupun ada sedikit pemulihan tetapi tak mungkin harga minyak sebelum ini dapat jadi kenyataan.

“Justeru, usaha mempelbaga­ikan sumber ekonomi Labuan perlu dirancang kerana kalau tidak Labuan tidak dapat mara setanding tempat lain,” katanya.

Beliau berkata, kerangka berkenaan juga akan mengenal pasti projek yang boleh menyumbang kepada kadar pertumbuha­n ekonomi Labuan dan keselesaan hidup rakyat termasuk cadangan pembinaan taman tema dan kedai yang menjual barangan berjenama antarabang­sa.

Sementara itu, ketika melakukan tinjauan mesra di Penampang petang semalam, Perdana Menteri mengumumka­n peruntukan sebanyak RM8.5 juta bagi menaik taraf tapak Tamu Donggongon.

Najib berkata, walaupun Parlimen Penampang milik pembangkan­g, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengenepik­an kepentinga­n pendudukny­a, termasuk menyalurka­n peruntukan untuk atasi masalah banjir berjumlah RM280 juta.

“Saya berjanji jika diberi mandat semula, kita akan bawa lebih banyak kemajuan untuk Sabah. Rekod kita jelas terbukti, berbilion ringgit saya lulus untuk Sabah sejak jadi Perdana Menteri,” katanya.

Perdana Menteri yang tiba di Tamu Donggongon pada jam 4 petang, meluangkan masa hampir sejam meninjau dan beramah mesra bersama peniaga serta pengunjung sebelum menikmati jamuan buah-buahan di tapak tamu terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia