Berita Harian

Myvi terima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP

-

Di sebalik reka bentuk menarik dan pemanduan yang lebih selesa berbanding varian sebelumnya, Perodua Myvi baharu yang dilancarka­n tahun ini terbukti lebih selamat apabila ia menerima penarafan lima bintang daripada Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (ASEAN NCAP).

Diuji dan dinilai berdasarka­n protokol terbaru ASEAN NCAP 20172020, Myvi baharu mencatatka­n 32.71 mata daripada kemungkina­n 36 untuk Perlindung­an Penumpang Dewasa (AOP), iaitu pematuhan 90.9 peratus, dan 43.14 mata daripada 49 untuk Perlindung­an Penumpang Kanak-kanak (COP), mewaikili 88 peratus pematuhan.

Penarafan bagi semua varian Myvi baharu

Penarafan keselamata­n lima bintang itu, termasuk semua varian Myvi baharu, dilengkapi empat beg udara, sistem brek antikunci (ABS) dan Pengagihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), kawalan kestabilan kenderaan, isyarat berhenti kecemasan, Isofix, sensor mengundur dan peringatan tali pinggang keselamata­n untuk semua tempat duduk.

Varian 1.5L, ia dilengkapi enam beg udara, sistem keselamata­n terbaharu PERODUA, iaitu Advanced Safety Assist (ASA) yang merangkumi empat ciri, iaitu Pre-collision Warning, Pre-collision Braking,

Front Departure Alert dan Pedal Misoperati­on Control.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh, berkata Myvi baharu itu adalah kenderaan pertama di Malaysia yang dilengkapi ciri keselamata­n tercanggih pada lingkungan harga yang ditawarkan.

“Malah, ia adalah kereta yang paling mampu milik disertakan dengan brek kecemasan autonomi di Malaysia. Dengan Myvi baharu ini, kita memperkena­l keselamata­n aktif kepada orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Jamin keselamata­n pemandu, penumpang

Sijil pengiktira­fan itu disampaika­n Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) pada Seminar ASEAN NCAP: Ke Arah Autonomi di Kajang, baru-baru ini.

Aminar berkata, sebagai syarikat ‘Orang Ramai Diutamakan’, Myvi baharu itu adalah usaha terhebat setakat ini dalam menjamin keselamata­n pemandu dan penumpang kenderaan berkenaan.

“Kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada MIROS dan ASEAN NCAP untuk kerjasama dan bimbingan mereka dalam membantu menjadikan Perodua Myvi baharu kereta lima bintang,” katanya.

 ??  ?? Aminar Rashid (kiri) menerima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP untuk Perodua Myvi baharu daripada Pengerusi MIROS, Tan Sri Lee Lam Thye.
Aminar Rashid (kiri) menerima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP untuk Perodua Myvi baharu daripada Pengerusi MIROS, Tan Sri Lee Lam Thye.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia