Berita Harian

Nasib berbeza Dimitrov, Muguruza

-

Melbourne: Grigor Dimitrov mengakui lega tuah memihaknya selepas berjaya melepasi kejutan pusingan kedua Terbuka Australia, dalam perlawanan yang diakuinya tidak mampu dimenangin­ya sebelum ini.

Pemain nombor tiga dunia dari Bulgaria itu melakukan yang terdaya untuk mengekang pemain nombor 186 dunia, Mackenzie Mcdonald dalam lima set di Arena Rod Laver semalam dan kekal bersaing dalam kejohanan itu.

Dimitrov, yang tidak pernah melepasi separuh akhir Grand Slam, hampir ditunjukka­n jalan keluar sebelum berjaya menundukka­n pemain kelayakan dari Amerika Syarikat itu 8-6 pada set kelima.

“Ia hari yang sukar, saya akuinya. Saya tidak mampu sembunyika­nnya. Kadangkala anda berdepan hari seperti itu. Saya hanya bernasib baik,” katanya.

Mempamerka­n tanda kematangan, Dimitrov menambah: “Saya fikir pada tahun sebelumnya, mungkin saya akan tewas perlawanan itu.”

Melihat kepada saingan berikutnya, Dimitrov berkata ‘dia perlu lebih positif, biarpun keadaan tidak memihak kepadanya’.

Su-wei menjadi

Sementara itu, juara Wimbledon, Garbine Muguruza muncul korban terbesar dalam Terbuka Australia setakat ini apabila tewas kepada pemain Taiwan, Hsieh Su-wei dalam dua set, semalam.

Pilihan ketiga kejohanan yang berdepan kecederaan paha menjelang kejohanan itu, gagal menyaingi pemain nombor 88 dunia sebelum tersingkir 7-6 (7/1), 6-4 dalam tempoh satu jam 59 minit di Arena Rod Laver.

“Saya sedar dia akan memberikan saya banyak tekanan,” kata Su-wei yang berada di ranking nombor satu dalam acara beregu selama lima minggu pada 2014.

Garbine, juara Grand Slam dua kali bergelut sejak awal permainan untuk cuba mengejar pemain berusia 32 tahun yang kali terakhir menjulang gelaran perseorang­an Jelajah WTA di Guangzhou pada 2012.

Pemain Sepanyol itu meminta perlawanan ditangguhk­an untuk rawatan pada kedudukan 2-5 pada set pertama dan selepas itu kelihatan kembali bertenaga.

Su-wei akan bertemu pilihan ke-26, Agnieszka Radwanska dari Poland pada pusingan ketiga. AFP

 ??  ?? Grigor Dimitrov
Grigor Dimitrov

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia