Berita Harian

BAM sedia bayar denda Chong Wei

- Oleh Fabian Peter

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menyokong keputusan Lee Chong Wei untuk memilih kejohanan yang akan disertainy­a musim ini, walaupun terpaksa membayar denda kepada Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

Pemain perseorang­an nombor dua dunia itu tersingkir bersama dua bintang China apabila tewas mengejut pada pusingan pertama Kejohanan Masters Malaysia, yang menimbulka­n persoalan mengenai pemberonta­kan terhadap peraturan baharu BWF itu.

Mengikut peraturan baharu itu, 15 pemain terbaik mesti melengkapk­an sekurangku­rangnya 12 kejohanan utama dalam setahun.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai, ketika ditemui di Axiata Arena semalam berkata: “Kami bersetuju dengan Chong Wei. Tak masuk akal pemain perlu bermain 12 kejohanan setahun.

“Dia tewas pada pusingan pertama kerana dia tidak bersedia secara fizikal dan mental untuk kejohanan ini (Masters Malaysia).

Bayar denda RM19,800

“Mengikut pusingan sebelum ini (Super Series), pemain utama hanya perlu bermain lapan hingga sembilan kejohanan, ia masih ok. Pada penghujung musim, mereka ada masa sekurang-kurangnya dua bulan untuk berehat dan pulih sebelum kejohanan utama pertama (All England).

“Kali ini ia tidak sama, kejohanan utama termasuk Malaysia Masters bermula pada Januari. BAM juga sudah menulis surat kepada BWF meminta mereka mengkaji semula, namun kami masih belum menerima apa-apa daripada mereka.

“Ia ok, kami akan menyokong Chong Wei. Dia akan berbincang dengan jurulatihn­ya sebelum memberikan perancanga­n kejohanan yang akan disertainy­a. Jika dia kena bayar denda kerana tidak menyertai beberapa kejohanan, BAM akan membayarny­a.”

Difahamkan penalti kerana tidak menyertai kejohanan boleh mencecah $5,000 dollar (RM19,800).

Selain Chong Wei yang tewas kepada pemain Jepun, Kenta Nishimoto, pemain bintang lain yang tersingkir termasuk juara dunia lima kali, Lin Dan (China); juara bertahan Olimpik, Chen Long (China); pemain nombor lima dunia, Son Wan Ho (Korea Selatan) dan pemain nombor tujuh dunia, Chou Tien Chen (Taiwan).

 ??  ?? Lee Chong Wei
Lee Chong Wei

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia