Berita Harian

Atasi konflik syariah, sivil

Peguam Negara mempunyai kewajipan menasihati Yang di-pertuan Agong menubuhkan Bahagian Syariah dan Pengharmon­ian Undang-undang untuk tangani isu berkaitan agama, perundanga­n Islam di peringkat Persekutua­n serta antarabang­sa

- Oleh Siti A'isyah Sukaimi sitiaisyah@bh.com.my

Jabatan Peguam Negara (AGC) menubuhkan Bahagian Syariah dan Pengharmon­ian Undang-undang bagi menangani isu berkaitan agama Islam dan perundanga­n syariah yang berbangkit di peringkat Persekutua­n dan antarabang­sa.

AGC dalam satu kenyataan berkata, berdasarka­n Fasal (2), Perkara 145, Perlembaga­an Persekutua­n, Peguam Negara mempunyai kewajipan menasihati Yang di-pertuan Agong, Jemaah Menteri atau mana-mana menteri mengenai sebarang perkara undang-undang.

“Justeru, penubuhan bahagian ini penting kerana akan menjadi titik tumpuan bagi isu syariah yang dirujuk kepada AGC.

“Antaranya berkaitan nasihat undang-undang, penggubala­n dan penyelaras­an undang-undang syariah, ratifikasi sesuatu konvensyen antarabang­sa yang mempunyai kesan kepada aspek syariah dan pengharmon­ian antara undangunda­ng sivil dengan undang-undang syariah bagi mengatasi konflik bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah,” kata AGC melalui akaun Instagram rasminya di sini, semalam.

Penyampaia­n lebih baik

Menurut kenyataan itu lagi, adalah menjadi hasrat AGC supaya penubuhan Bahagian Syariah dan Pengharmon­ian Undang-undang Syariah itu dapat memastikan penyampaia­n perkhidmat­an jabatan itu berhubung isu syariah dilaksanak­an lebih efektif dan berkesan seiring dengan keperluan semasa.

Pada 29 Januari lalu, Mahkamah Persekutua­n Putrajaya membuat penghakima­n bersejarah apabila memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasanganny­a yang bukan Islam mesti memberi persetujua­n bagi penukaran agama anak bawah usia kepada Islam.

Panel lima hakim yang disidangi Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum serta Hakim Mahkamah Persekutua­n iaitu Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali mengetepik­an keputusan berhubung penukaran agama tiga anak guru tadika, M Indira Gandhi oleh bekas suaminya yang juga seorang mualaf.

Keputusan sebulat suara

Zulkefli yang mengetuai panel itu dipetik sebagai berkata, keputusan dicapai sebulat suara sambil berkata, walaupun penukaran agama adalah isu yang menimbulka­n perbalahan, namun keputusan mahkamah tidak dipengaruh­i oleh kepercayaa­n agama.

Kelmarin, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pula mencadangk­an kerajaan negeri dapat membuat pindaan dengan meletakkan penubuhan Mahkamah Syariah di dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri masing-masing.

Beliau dilaporkan berkata, pindaan itu akan menaik taraf Mahkamah Syariah supaya setaraf Mahkamah Sivil.

“Peruntukan Mahkamah Syariah perlu diluaskan supaya dapat memberi ruang kepada orang bukan Islam hadir ketika perbicaraa­n dan tidak hanya terhad kepada orang Islam saja.

“Mahkamah Syariah juga tidak sepatutnya dianggap sebagai satu entiti yang berada di luar institusi kehakiman, sekali gus meletakkan­nya pada kedudukan lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di Ipoh.

Adalah menjadi hasrat AGC supaya penubuhan Bahagian Syariah dan Pengharmon­ian Undang-undang Syariah itu dapat memastikan penyampaia­n perkhidmat­an jabatan itu berhubung isu syariah dilaksanak­an lebih efektif dan berkesan seiring dengan keperluan semasa” Jabatan Peguam Negara

 ??  ??
 ??  ?? Laporan BH semalam.
Laporan BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia