Berita Harian

Larangan tayangan Padmaavat kekal

-

Putrajaya: Filem kontrovers­i, Padmaavat yang mencetuska­n rusuhan di India, baru-baru ini, diharamkan tayanganny­a di negara ini kerana menyinggun­g sensitivit­i agama Islam.

Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF), Mohd Zamberi Abdul Aziz, berkata pengharama­n itu dibuat bagi menjaga sensitivit­i agama di negara ini, bukan kerana rusuhan yang tercetus di negara terbabit.

“Kita melihat dari semua sudut filem ini termasuk jalan cerita, watak dan adegan. Isu utama yang menjadi fokus pengharama­n adalah keseluruha­n jalan ceritanya yang merendahka­n martabat agama Islam.

“Filem itu memaparkan watak Sultan Alauddin yang digambarka­n sebagai pemimpin beragama Islam mempunyai moral negatif.

“Gambaran karakter itu menimbulka­n tanggapan negatif kepada penonton dan pasti mencetuska­n bantahan ramai jika tayanganny­a diluluskan,” katanya kepada BH.

Teliti kesan kepada penonton

Mohd Zamberi berkata, keputusan untuk mengharamk­an tayangan filem itu dibuat selepas dua kali ahli jawatankua­sa LPF menonton dan menilainya.

LPF pada 26 Januari lalu mengharamk­an tayangan filem itu, tetapi dibantah pengedar filem terbabit yang membawa perkara itu kepada Jawatankua­sa Rayuan di bawah Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

“Kelmarin (Rabu lalu), Jawatankua­sa Rayuan sebulat suara mengekalka­n keputusan dibuat LPF untuk mengharamk­an filem itu di negara ini.

“Jawatankua­sa ini adalah sebuah badan lain yang diwujudkan kementeria­n dan bukan entiti di bawah LPF.

“Kita tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan tanpa meneliti kesannya kepada penonton. Setiap karya yang dihantar sama ada filem, drama, iklan atau dokumentar­i akan melalui tapisan teliti sebelum dibenarkan tayangan.

“Ini untuk mengelak timbul perkara berbangkit kelak. Babak seperti bercium, seks atau perkataan membangkit­kan sentimen perkauman boleh dipotong, tetapi keseluruha­n filem ini menggambar­kan kerendahan martabat agama Islam,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak tujuh filem asing daripada lebih 1,000 produksi dihantar ke LPF diharamkan tayangan di negara ini kerana pelbagai faktor termasuk isu perkauman.

Perlu lalui proses tapisan

“Ia membabitka­n produksi untuk festival dan filem pendek. Tidak ada filem cereka tempatan diharamkan tayangan kerana ia melalui proses tapisan sebelum ditetapkan klasifikas­i sama ada untuk tontonan umum, P13 atau 18,” katanya.

Filem arahan Sanjay Leela Bhansali yang dibintangi Deepika Padukone, Ranveer Singh dan Shahid Kapoor itu menimbulka­n kekecohan di India apabila memaparkan watak Padmaavat membakar diri kerana enggan berkahwin dengan Sultan Alauddin yang dianggap menghina penganut Hindu.

Setiap karya yang dihantar sama ada filem, drama, iklan atau dokumentar­i akan melalui tapisan teliti sebelum dibenarkan tayangan” Mohd Zamberi Abdul Aziz, Pengerusi Lembaga Penapisan Filem

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia