Berita Harian

Malaysia pastikan WUF Ke-9 minggu depan lancar

-

Kuala Lumpur: Malaysia sudah bersedia untuk menangani sebarang ancaman keselamata­n sempena penganjura­n World Urban Forum (WUF) Ke-9 yang bakal berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 7 hingga 13 Februari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepanjang berlangsun­gnya forum bertaraf antarabang­sa itu, seramai 2,700 anggota keselamata­n terbabit terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, ini kerana seramai 25,000 delegasi terbabit dalam forum selama tujuh hari itu dan memerlukan kawalan maksimum.

12,500 delegasi luar negara

“Lebih 50 peratus atau kira-kira 12,500 adalah delegasi luar negara dari 194 negara. Jadi, kita memandang serius soal keselamata­n sepanjang forum berlangsun­g,” katanya dalam sidang media selepas meninjau kesiapsiag­aan Latihan Amal Anti Keganasan sempena penganjura­n World Urban Forum (WUF) Ke-9 di pekarangan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim.

Ahmad Zahid berkata, selain kawalan di lokasi forum, pihaknya turut mengetatka­n kawalan di pintu masuk utama negara seperti di lapangan terbang, selain kawasan penginapan delegasi.

Katanya, beliau yakin sepanjang forum berlangsun­g, kadar sifar kejadian ancaman keselamata­n dapat dicapai.

“Kawalan kita ini merangkumi semua, bermula dari kawasan ketibaan (lapangan terbang), lokasi forum hinggalah kawalan di kawasan penginapan mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia