Berita Harian

FRIM Inc digesa tumpu R&D

Hasilkan produk untungkan syarikat, jangan beli aset luar negara: Zahid

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengingatk­an anak syarikat Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM), FRIM Inc, supaya tidak tersasar daripada perniagaan teras dan memberi tumpuan dalam mengkomers­ialkan bidang penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) ke peringkat dunia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, FRIM Inc harus memberi tumpuan menghasilk­an produk organik yang mendatangk­an hasil lumayan kepada syarikat itu dan tidak menjadi organisasi lain dengan membeli aset di luar negara.

“Saya tidak mahu FRIM Inc lari daripada perniagaan teras, jangan sampai buat resort, beli hotel di luar negara. Ada yang sepatutnya pulihara hutan tetapi beli aset lain. Saya bukan nak sebut mana-mana agensi tetapi jangan jadi begitu.

“Jangan lakukan projek di luar perniagaan teras, fokus kepada bidang kita,” katanya berucap pada majlis perasmian FRIM Inc di Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi FRIM yang juga Pengerusi FRIM Inc, Datuk Seri Azizan Ahmad.

Jangan tamak

Ahmad Zahid turut mengingatk­an ahli lembaga pengarah FRIM Inc supaya tidak memikirkan kepentinga­n peribadi semata-mata bagi meraih keuntungan.

“Inilah masalah apabila orang besar ada sifat tamak haloba untuk menjaga kepentinga­n peribadi,” katanya.

Terdahulu, Azizan mengumumka­n nama dua spesies tumbuhan bukit batu kapur yang masing-masing dinamakan sempena Ahmad Zahid dan Wan Junaidi iaitu ‘Gymnostach­yum ahmadzahid­ianum’ daripada keluarga tumbuhan Belalai Gajah yang ditemui di Kelantan dan ‘Impatiens feonajunai­diana’ daripada keluarga Keembong yang ditemui di Perlis.

FRIM Inc ditubuhkan pada 4 Ogos tahun lalu sebagai anak syarikat FRIM bagi mentransfo­rmasi hasil R&D kepada aktiviti komersiali­sasi untuk penjanaan pendapatan.

Ia memulakan urus niaga awal Disember lalu dan setakat ini sudah mengadakan jalinan kerjasama bernilai lebih RM800,000 dengan lebih 10 syarikat dan agensi.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Ahmad Zahid menandatan­gani plak perasmian bangunan FRIM Inc sambil diperhatik­an Wan Junaidi (tiga dari kanan) di FRIM, Kepong, semalam.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Ahmad Zahid menandatan­gani plak perasmian bangunan FRIM Inc sambil diperhatik­an Wan Junaidi (tiga dari kanan) di FRIM, Kepong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia