Berita Harian

Hospital RM500J untuk kemudahan veteran tentera

Pembinaan guna kaedah NBOS sedia perkhidmat­an kesihatan setanding negara maju

- Oleh Shamsul Kamal Amarudin

Buat julung kali, sebuah hospital khusus untuk veteran tentera bernilai lebih RM500 juta akan dibina, di sini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein.

Beliau berkata, hospital itu yang akan dibina di atas tanah seluas 28,500 meter persegi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Gua Permai, Tambun, di sini, akan berfungsi sebagai Perkampung­an Kesihatan Veteran. Katanya, ia akan menyediaka­n kemudahan poliklinik pakar geriatrik, iaitu bidang kepakaran pesakit warga emas serta kepakaran lain seperti jantung dan respirator­i, urologi, neuropsiki­atri, perkhidmat­an rehabilita­si, dialisis serta pusat jagaan bagi veteran ATM yang kurang upaya.

Perkongsia­n pintar

“Pembinaan hospital ini akan menggunaka­n kaedah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), menerusi perkongsia­n pintar dengan Kumpulan BP Healthcare (BPHG).

“Ia bagi memastikan veteran ATM mendapat perkhidmat­an kesihatan berkualiti setanding hospital veteran di negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan Australia.

“Apabila siap nanti, kemungkina­n hospital itu akan turut dibuka kepada anggota tentera dan orang awam, bergantung kepada keadaan dan keperluan,” katanya.

Hishammudd­in bagaimanap­un tidak memberitah­u bila hospital itu akan dibina dan dijangka siap. Menteri Pertahanan

Beliau bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan Hospital Veteran dan Bersama Warga ATM Kem 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Hishammudd­in juga berkata, Kementeria­n Pertahanan merancang membina lima lagi Poliklinik ATM iaitu di Kluang, Seberang Takir, Kuantan, Sungai Petani dan Kuching dengan poliklinik pertama akan dibina di Kem Penrissen Kuching, dalam tempoh terdekat.

5 hospital ATM dinaik taraf

Pada masa sama, katanya, kerajaan akan menaik taraf lima hospital ATM sedia ada, membabitka­n proses penggantia­n kelengkapa­n perubatan, menaik taraf bangunan dan menyediaka­n perkhidmat­an pediatrik, urologi, geriatrik serta pembedahan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Hishammudd­in berkata, Kementeria­n Pertahanan akan berusaha menambah kuota haji untuk veteran tentera kepada dua kali ganda daripada 400 orang kuota yang diterima tahun lalu.

Beliau yakin kuota itu dapat ditambah atas hubungan baik antara kerajaan Malaysia dan Arab Saudi, termasuk usahanya bertemu dengan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, barubaru ini.

Mengulas lanjut, Hishammudd­in berkata, ia adalah kuota khas yang turut membabitka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak membabitka­n kuota yang diberikan kepada orang awam menerusi Tabung Haji.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Persatuan Bekas Veteran ATM Perak, Aminuddin Abdul Karim, 58, menyifatka­n penubuhan hospital veteran itu adalah satu rahmat kepada bekas tentera.

“Di Perak, kami ada 6,000 ahli dan pengumuman ini adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu,” katanya.

Bekas tentera, Ahmad Rais Tarmin, 59, gembira kerana belum ada lagi hospital khusus untuk bekas tentera di negara ini dan berbangga kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan mereka.

 ?? [FOTO ABDULLAH YUSOF/BH ?? Hishammudd­in beramah mesra dengan anggota tentera ketika lawatan kerja ke tapak cadangan Hospital Veteran dan Bersama Warga ATM Kem 23 RAMD, di Ipoh, semalam.
[FOTO ABDULLAH YUSOF/BH Hishammudd­in beramah mesra dengan anggota tentera ketika lawatan kerja ke tapak cadangan Hospital Veteran dan Bersama Warga ATM Kem 23 RAMD, di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia