Berita Harian

Mesyuarat hanya bincang gerak kerja, persiapan PRU

-

Shah Alam: Mesyuarat biro pilihan raya parti komponen pakatan harapan di Selangor, tidak pernah membincang­kan mengenai isu pengagihan kerusi di negeri itu seperti didakwa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor, Abbas Azmi, berkata ia berikutan mesyuarat biro terbabit hanya membincang­kan gerak kerja pilihan raya, termasuk pengundi dan persiapan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Justeru, katanya, beliau keliru dari mana Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, mendapat maklumat sudah ada empat kali perbincang­an mengenai pengagihan kerusi diadakan dengan parti komponen pakatan pembangkan­g itu.

“Saya merujuk kembali kepada kenyataan Pengerusi Amanah negeri, Izham Hashim, iaitu tidak berlaku apa-apa rundingan pun selama ini dan ia disahkan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

“Saya juga terbabit (dan) datang berbincang, tetapi benda itu (perbincang­an pengagihan kerusi) memang tidak berlaku.

“Jadi, dari mana Pengerusi Pakatan Harapan negeri mendapat maklumat mengatakan ada empat kali (rundingan) itu, saya tidak tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mohamed Azmin tengah hari semalam di Rawang bahawa Amanah berbohong dalam isu pengagihan kerusi di Selangor berikutan sudah ada empat kali perbincang­an mengenainy­a diadakan sebelum ini.

Jawatankua­sa tukar nama

Mohamed Azmin dilaporkan berkata, apa yang dimaksudka­n Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mengenai perlu ada satu jawatankua­sa khas membincang­kan pengagihan kerusi sebenarnya bermaksud sudah ada satu jawatankua­sa di Selangor yang hanya ditukar nama.

Abbas mengakui memang ada cubaan membincang­kan pengagihan kerusi dalam mesyuarat yang dihadiriny­a, namun wakil tiga parti komponen yang lain iaitu DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebulat suara bersetuju perlu ada satu jawatankua­sa khas untuk itu.

Katanya, perbincang­an pengagihan kerusi di negeri lain juga dilakukan melalui satu jawatankua­sa khas yang perlu dianggotai pengerusi negeri dari parti komponen.

“Isu (pengagihan kerusi) cuba dibangkitk­an (oleh Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan, Dr Xavier Jayakumar) terus kita tutup buku dan Xavier juga tutup dan buka cerita lain,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Mohamed Azmin bahawa jawatankua­sa itu sememangny­a ada selepas ia ditukar nama daripada Jawatankua­sa Pilihan Raya Negeri kepada Jawatan Kuasa Pengagihan Kerusi, Abbas berkata, perkara itu tidak dimaklumka­n kepada parti komponen pakatan pembangkan­g.

“Dia tidak maklumkan kepada Amanah dan saya rasa dia tak maklum kepada DAP dan Bersatu mengenai (pertukaran nama) dari jawatankua­sa pilihan raya kepada jawatankua­sa pengagihan kerusi,” katanya.

Sementara itu, Izham dihubungi, berkata walaupun ada empat kali mesyuarat diadakan sebelum ini, namun ia adalah mesyuarat jawatankua­sa pilihan raya.

“Dalam mesyuarat, wakil parti berbincang mengenai hal pilihan raya dan bukan mengenai pengagihan kerusi,” katanya.

Jadi, dari mana Pengerusi pakatan Harapan negeri mendapat maklumat mengatakan ada empat kali (rundingan) itu, saya tidak tahu” Abbas Azmi, Ketua Pemuda Amanah Selangor

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia