Berita Harian

Sweden turut tolak resolusi haramkan biodiesel sawit

-

Kuala Lumpur: Sweden mengikut jejak Perancis menentang resolusi pengharama­n biodiesel sawit daripada campuran tenaga oleh Kesatuan Eropah (EU) selepas 2020.

Portal The Malaysian Reserve (TMR) memetik Duta Besar Sweden, Dag Juhlin-dannfelt yang tiba di Malaysia, menyifatka­n cadangan EU itu berbentuk satu diskrimina­si.

“Sweden dan beberapa negara Eropah lain adalah anggota negara EU yang menentang sebarang bentuk diskrimina­si.

“ini termasuk rancangan yang membezakan produk lain,” katanya pada pengumuman Sidang Kemuncak Perniagaan Sweden-asia Tenggara Kedua 2018 (SSEABS) di Kuala Lumpur semalam, seperti dilaporkan TMR.

Katanya, Suruhanjay­a Eropah adalah cabang eksekutif EU dan sudah membuat cadangan pindaan ke atas undang-undang Eropah berhubung tenaga yang boleh diperbahar­ui.

Hal ini bagi menumpukan sumber boleh diperbahar­ui secara mapan.

Isu dipolitikk­an Parlimen EU

“Namun isu ini sudah dipolitikk­an dan juga dikeliruka­n oleh Parlimen EU baru-baru ini, apabila mereka meluluskan draf tindakan berkenaan,” katanya.

Juhlin-dannfelt berkata, cadangan itu dibuat berdasarka­n kebimbanga­n terhadap kemapanan dalam penghasila­n tenaga.

Pada 29 Januari lalu, BH melaporkan Perancis tidak akan mendiskrim­inasi minyak kelapa sawit dari Malaysia ketika blok Kesatuan Eropah (EU) mengenakan larangan import komoditi itu ke pasaran Eropah menjelang 2021.

Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly, berkata sebagai antara negara pengasas EU dan rakan kepada Malaysia, Perancis mempunyai pendirian tersendiri berhubung isu itu.

Katanya, Kerajaan Perancis amat memahami kepentinga­n industri minyak kelapa sawit kepada ekonomi Malaysia.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 17 Januari lalu.
Keratan akhbar BH 17 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia