Berita Harian

Akta sekat berita palsu tak halang hak bebas bersuara

-

Petra Jaya: Pengenalan undang-undang menyekat penyebaran berita palsu tidak sepatutnya dianggap cubaan melemahkan kebebasan bersuara, malah ia perlu dilihat menerusi konteks melindungi kebenaran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata platform media sosial terus menjadi lubuk penyebaran maklumat tidak sahih sehingga menimbulka­n fitnah kepada pihak tertentu, malah lebih merumitkan maklumat tidak benar berkenaan begitu mudah disebar tanpa ada elemen kebertangg­ungjawaban.

Kitar semula berita lama

“Saya sendiri adalah mangsa penyebaran berita palsu di media sosial kerana ada pihak tidak bertanggun­gjawab mengitar semula tuduhan lama yang sudah ditangani dan dijelaskan kekeliruan­nya.

“Saya percaya kitar semula berita lama yang tidak sahih akan lebih banyak muncul, terutama selepas ramai meramalkan pilihan raya umum akan diadakan tahun ini.

“Sebagai seorang ahli politik, ia menyusahka­n kita apabila ada berita palsu dan berkongsi tanpa disahkan.

Kelirukan orang ramai

“Malah, saya sendiri bersusah payah menjelaska­n dan menerangka­n dalam kumpulan Whatsapp bahawa ada berita palsu digunakan yang diolah semula sehingga mengeliruk­an kawan serta rakan sekerja,” katanya.

Beliau berkata demikan selepas menghadiri majlis pelancaran aplikasi telefon pintar Pusat Penerangan Islam Sarawak di sini, semalam.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membuat cadangan memperkena­lkan undang-undang baharu bagi menyekat penyebaran berita palsu dan syor berkenaan mula mendapat momentum sokongan.

Nancy berkata, kawalan perlu dilaksanak­an kerana generasi muda lebih mudah terdedah dan terpengaru­h untuk mempercaya­i berita tidak berasas, termasuk berat sebelah.

Generasi muda mudah terpengaru­h

“Di dunia hari ini, generasi muda cenderung mempercaya­i segala yang mereka baca dalam media sosial dan bukannya membaca akhbar kerana ia boleh diakses serta mudah untuk mereka.

“Tanpa mengetahui kesahihan tuduhan dibuat dalam berita palsu, belia cenderung berkongsi dan menyebarka­n maklumat, yang boleh menjadi virus dalam media sosial,” katanya.

Beliau berkata, adalah wajar undang-undang menghentik­an penyebaran berita palsu diperkenal­kan sejak dulu lagi.

“Bagaimanap­un, tidak terlalu lewat untuk berbuat demikian sekarang,” katanya.

Saya percaya kitar semula berita lama akan lebih banyak muncul, terutama selepas ramai meramalkan pilihan raya umum akan diadakan tahun ini” Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia