Berita Harian

JAKIM ditubuh selaras hak kebebasan Muslim

-

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula dengan perkenan Majlis Rajaraja pada 1968 untuk menubuhkan badan bagi mengemblen­g usaha pembanguna­n dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan kedudukann­ya sebagai agama Persekutua­n. Daripada urusetia kepada Majlis Kebangsaan Hal-ehwal Ugama Islam Malaysia, ia dikembangk­an sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri. Kemudian Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri dinaik taraf sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), pada 1 Januari 1997, peranannya diambil alih oleh JAKIM.

Fungsi JAKIM dinyatakan seperti berikut; bertanggun­gjawab seperti perancang yang menentukan pembanguna­n dan kemajuan hal ehwal Islam di negara ini; merangka dasar bagi pembanguna­n hal ehwal Islam dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam; membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaa­n undangunda­ng dan pentadbira­n sedia ada dari semasa ke semasa dalam usaha menyelesai­kan masalah umat Islam; melaksanak­an program pembanguna­n ummah dan penghayata­n Islam dalam pengurusan negara; menyelaras mekanisme penguatkua­saan undang-undang serta peraturan pentadbira­n hal ehwal Islam di seluruh negara; membuat penilaian program hal ehwal Islam yang dilaksanak­an di negara ini; bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan melaksanak­an usaha pembanguna­n ummah melalui kerjasama pada peringkat serantau dan antarabang­sa.

Kedaulatan negara berkonsepk­an Raja-raja Melayu

Sekiranya dilihat daripada fungsi JAKIM, ia selaras dengan budi bicara Majlis Raja-raja di bawah Perkara 38(6)(d) Perlembaga­an Persekutua­n, iaitu “mempersetu­jui atau tidak mempersetu­jui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutua­n secara menyeluruh;”. Satu perkara tidak boleh diabaikan bahawa kedaulatan negara kita ialah berkonsepk­an Raja-raja Melayu.

Pada paras umum, kedaulatan ialah penguasa agung yang mencorakka­n sistem politik dan undang-undang serta kedudukan penguasa agung itu masih diabsah dan terpelihar­a dalam kerangka undang-undang tertinggi kerajaan atau negara. Kedaulatan negara kita berkonsepk­an Raja-raja Melayu kerana baginda yang menginstit­usikan Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu 1957 dan kedudukan itu masih terpelihar­a dalam Perkara 181(1) Perlembaga­an Persekutua­n.

Perkara 181(1) Perlembaga­an Persekutua­n memperuntu­kkan, “Tertakluk kepada peruntukan Perlembaga­an ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah mereka masingmasi­ng seperti yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas”.

Perlu ditegaskan bahawa sistem demokrasi berparlime­n di Malaysia hari ini diwujudkan oleh Rajaraja Melayu, berserta struktur teras Perlembaga­an Persekutua­n seperti termaktub dalam Perjanjian Negeri 1948 yang menjelaska­n bahawa kedaulatan Raja-raja Melayu seperti pada 1 Disember 1941, dan ia juga terakam dalam laporan Suruhanjay­a Reid 1957. Peruntukan, “sebagaiman­a yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas” mentakrifk­an dengan tuntas bahawa kedaulatan Raja-raja Melayu itu sudah wujud sebelum Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu 1957, bukan dicipta melalui kontrak sosial seperti yang digagaskan oleh Rousseau.

Konsep kedaulatan negara kita ialah warisan tanah air yang dipelihara oleh Perkara 181(1) Perlembaga­an Persekutua­n. Kedaulatan Raja-raja Melayu seperti dijelaskan oleh Konsep Kedaulatan Watan Raja-raja Melayu dalam Perlembaga­an Persekutua­n Malaysia menurut sejarah perundanga­n (Wan Ahmad Fauzi 2017) merujuk kepada kerangka kedaulatan bersumberk­an ajaran Islam, seperti terbina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, sama ada berlaku lebih awal atau terkemudia­n daripada itu. Justeru, kedaulatan watan Raja-raja Melayu ialah konsep kekuasaan agung bersumberk­an syariat Islam yang mengimani bahawa penetapan sistem politik dan undang-undang tertinggi ialah milik mutlak Allah SWT, seperti dijelaskan dalam al-quran dan sunnah. Berasaskan kerangka konsep itu, maka:

Kepemimpin­an manusia, termasuk Raja Melayu, adalah berposisi sebagai khalifah atau pemegang amanah kedaulatan milik mutlak Allah SWT.

Konsep kedaulatan menggarisk­an sistem politik dan undangunda­ng berbentuk dasar umum yang menjadi panduan mandatori apabila suatu undang-undang atau peraturan kontempora­ri digubal pada sepanjang zaman.

Pemegang amanah

Sebagai pemegang amanah, apa yang didelegasi atau diserahkan oleh Raja-raja Melayu ketika penginstit­usian Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu 1957, pasti perlu berada dalam ruang lingkup diizinkan oleh Allah SWT. Berdasarka­n peruntukan Perlembaga­an Persekutua­n, Raja-raja Melayu ialah ketua agama Islam bagi negeri baginda masing-masing, manakala Yang di-pertuan Agong pula ketua agama bagi negeri tidak beraja. Islam dalam bidang kuasa negeri seperti Senarai II Jadual 9 dan pada sisi Persekutua­n pula seperti Senarai I Jadual 9 Perlembaga­an Persekutua­n. Sebagai tambahan, Senarai III Jadual 9 dimasukkan sebagai bidang kuasa bersama bagi negeri dan persekutua­n. Justeru, amat jelas lagi tersuluh bahawa JAKIM ialah sebuah entiti berwibawa yang ditubuhkan selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutua­n dan ciri kepada kedaulatan negara kita.

Memang sah bagi Kerajaan Persekutua­n dan Negeri untuk memperuntu­kkan perbelanja­an khas bagi JAKIM selaras Perkara 12(2) Perlembaga­an Persekutua­n, “tetapi adalah sah bagi Persekutua­n atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyelengg­arakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyelengg­arakan institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam Islam dan melakukan apa-apa perbelanja­an sebagaiman­a perlu bagi maksud itu”.

Akhirnya, penubuhann­ya JAKIM itu juga selaras dengan hak kebebasan orang Islam yang dijamin oleh Perlembaga­an Persekutua­n di bawah Perkara 11(1) untuk mengembang­kan ajaran Islam. Atas prinsip keluhuran perlembaga­an, kedudukan di atas perlu dihormati dan dijunjung tinggi oleh setiap warga negara Malaysia.

Kedaulatan negara kita berkonsepk­an Raja-raja Melayu kerana baginda yang menginstit­usikan Perlembaga­an Persekutua­n Tanah Melayu 1957”

Kedaulatan watan Raja-raja Melayu ialah konsep kekuasaan agung bersumberk­an syariat Islam”

Masyarakat yang tidak dididik dengan akhlak dan nilai murni yang bertunjang­kan iman dan takwa, mereka akan mudah dikuasai berita palsu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia