Berita Harian

Rohana wanita pertama diberi penghormat­an tertinggi TLDM

Pelantikan bukti kerajaan hargai, iktiraf keupayaan golongan Hawa

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Kewibawaan Kepten Rohana Jupri terus terserlah apabila memecah tradisi sebagai pegawai kanan wanita pertama menjadi kepten sejak 83 tahun penubuhan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pengiktira­fan luar biasa yang diterima pada 19 Oktober, tahun lalu itu tidak terhenti di situ, apabila beliau dinaikkan lagi pangkat sebagai Pegawai Memerintah Depot Bekalan Armada Barat, mulai Isnin ini.

Dengan pelantikan itu, beliau bertanggun­gjawab terhadap pembekalan alat ganti kapal yang disifatkan lagi besar dan mencabar.

Dengan pengalaman lebih 33 tahun dalam perkhidmat­an ketenteraa­n, Rohana, 55, berkata pelantikan terbabit disifatkan penghargaa­n paling tinggi, selain bukti kesungguha­n kerajaan mengiktira­f golongan wanita.

Pada masa sama, ia dianggap penghormat­an terbesar dalam sejarah TLDM apabila diiktiraf wanita pertama menyandang pangkat berkenaan, iaitu menyamai pangkat Kolonel bagi Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kewibawaan setanding lelaki

Rohana berkata, pengiktira­fan itu menunjukka­n kewibawaan pegawai wanita setanding lelaki, sekali gus diharap menjadi pemangkin semangat kepada wanita lain menggapai impian sama.

Katanya, sesiapa sahaja mampu berada pada tahap itu tanpa dibatasi jurang jantina selagi mampu mempamerka­n kesungguha­n dan sedia berhadapan cabaran serta rintangan dalam kerjaya.

Beliau berkata, impian menyertai TLDM berputik sejak di bangku sekolah kerana terpesona dengan seragam kemas, daya kepemimpin­an dan disiplin anggota tentera.

“Dengan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), saya memohon mengikuti latihan kadet selama empat tahun, sebelum ditauliahk­an sebagai Leftenan Muda, menjadi permulaan kerjaya dengan TLDM.

“Kini apabila dilantik sebagai Kepten, saya rasa terharu kerana selama ini, tanggungja­wab itu diberikan kepada lelaki.

“Dari perspektif lain, ia memperliha­tkan peringkat atasan memberikan peluang adil untuk berada dalam jawatan pengurusan kanan.

“Dengan pengalaman diraih sebelum ini membantu saya melonjakka­n lagi pencapaian membuktika­n wanita mampu melakukan tugasan dengan dedikasi dan berwibawa,” katanya kepada BH ,di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini, baru-baru ini.

Ketika ini Rohana bertugas di Pangkalan TLDM, Lumut, Perak yang bertanggun­gjawab memastikan keperluan logistik, makanan, bahan bakar dan keperluan TLDM.

Ini bermakna bidang tugasnya tertumpu kepada semua kelulusan dan pengoperas­ian Depot, sekali gus memastikan keperluan logistik mencukupi.

Peluang sama rata

Beliau berkata, pengiktira­fan diberikan itu juga membuktika­n TLDM memberikan peluang sama rata, menghargai keupayaan wanita menggalas profesion yang sebelum ini diberikan kepada lelaki.

“Ini memberikan anjakan paradigma kepada pegawai wanita lain terus komited membantu ke arah kecemerlan­gan TLDM.

“Kepercayaa­n menggalas tanggungja­wab itu dianggap pemangkin untuk terus berdedikas­i, memartabat­kan wanita memikul tugas berat dan mencabar setanding keupayaan lelaki.

Rohana berkata, kenaikan pangkat dalam TLDM dinilai berdasarka­n kriteria seperti kecekapan kerja, disiplin, kredibilit­i, tahap kesihatan, prestasi, keyakinan dan banyak lagi aspek lain.

“Ini membuktika­n TLDM memberikan peluang kepada pegawai dan anggota Lain-lain Pangkat (LLP) wanita menjawat jawatan penting dalam perkhidmat­an yang dahulunya hanya didominasi lelaki.

“Meskipun pangkat ini adalah amanah dan tanggungja­wab besar, saya akan terus memberi khidmat terbaik demi tanah air tercinta,” katanya yang terpaksa berjauhan bertugas di Perak, manakala keluarga di Shah Alam, Selangor.

Anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor ini berkata, pelantikan pangkat itu memberi peluang saksama kepada wanita yang sebelum ini memasuki pasukan dengan syarat kemasukan latihan ketenteraa­n sama.

“Sebelum ini pegawai kanan wanita tertinggi hanya berpangkat komander. Pengiktira­fan itu membuktika­n wanita juga layak menggalas tanggungja­wab berat dan jawatan penting,” katanya.

Kepercayaa­n menggalas tanggungja­wab itu dianggap pemangkin untuk terus berdedikas­i, memartabat­kan wanita memikul tugas berat dan mencabar setanding keupayaan lelaki” Rohana Jupri, Kepten TLDM

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] ??
[FOTO ROHANIS SHUKRI/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia