Berita Harian

Kopi campuran segera dicampur dadah

Hasil analisis sampel dapati paket kopi sudah dibuka, dibungkus semula

- Oleh Siti Sofia Md Nasir

Polis mengesahka­n kopi campuran segera yang menyebabka­n lima individu mengalami gejala lemah dan pening keterlalua­n, disyaki mengandung­i dadah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata rakaman percakapan dengan seorang pegawai Teknologi Makanan, Makmal Keselamata­n dan Kualiti Makanan Pulau Pinang mengesahka­n kandungan benda asing disyaki dadah yang masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata, keputusan itu hasil analisis makmal terhadap kandungan paket kopi yang diminum dua warga Nepal yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Selasa lalu, akibat pitam selepas minum kopi campuran segera berkenaan.

“Hasil analisis sampel paket kopi berkenaan menunjukka­n paket itu sudah dibuka dan dibungkus semula kerana bahagian bawah paket berkenaan menunjukka­n kesan koyakan.

Mengandung­i benda asing

“Berat paket yang dibungkus semula itu menunjukka­n penambahan lebih 10 gram daripada berat asal iaitu daripada 40 gram kepada 50 gram.

“Dalam serbuk kopi itu juga mengandung­i benda asing berwarna hijau, berbeza dengan kandungan paket asal,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Anuar berkata, dua warga Nepal berkenaan turut mendakwa menerima kopi campuran segera itu secara percuma daripada seorang wanita tidak dikenali.

Katanya, suspek memberikan bungkusan mengandung­i 16 paket kecil kopi terbabit dan terus beredar tanpa sebarang penjelasan.

“Dalam kes pertama pada Sabtu lalu, dua mangsa yang menerima rawatan di HPP selepas minum kopi campuran segera itu turut memperoleh paket kopi berkenaan secara percuma daripada seorang individu tidak dikenali di sebuah tokong.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 272 Kanun Keseksaan kerana mencampurk­an makanan atau minuman untuk jualan dengan benda kurang baik,” katanya.

Selasa lalu, dua warga Nepal dimasukkan ke HPP selepas mengalami pening kepala keterlalua­n dan pitam selepas minum sejenis kopi segera campuran.

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKPP) negeri turut mengesahka­n lima individu termasuk dua warga Nepal terbabit, mengalami gejala sama selepas minum kopi itu.

Sementara itu, Pengarah JKPP, Dr Wan Mansor Hamzah berkata, tiada sebarang keganjilan ditemui selepas melakukan lawatan ke ki- lang kopi campuran segera itu pada minggu lalu.

Beliau berkata, kilang di Seberang Perai dan mula beroperasi sejak 2009 itu menepati semua syarat ditetapkan pihaknya termasuk mempunyai pensijilan Amalan Pengilanga­n Baik (GMP).

“Kita tidak menolak kemungkina­n ada unsur ‘campuran luar’ dilakukan di bahagian pengedaran. Perkara itu masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Berat paket yang dibungkus semula itu menunjukka­n penambahan lebih 10 gram daripada berat asal iaitu daripada 40 gram kepada 50 gram” Anuar Omar, Ketua Polis Daerah Timur Laut

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia