Berita Harian

Penganggur didakwa 334 pertuduhan

Tertuduh rogol mangsa sejak berusia lima tahun dijangka hadapi 230 lagi pertuduhan

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas 334 tuduhan melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan anak saudaranya, yang ketika kejadian hanya berusia lima tahun.

Tertuduh, yang berusia 46, tahun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicaraka­n sebaik pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam.

Pihak pendakwaan mengambil masa lebih dua jam untuk membaca 200 pertuduhan dan mahkamah berhenti bersidang pada jam 12.45 tengah hari bagi memberi laluan kepada solat Jumaat sebelum bersambung semula pada jam 3 petang.

564 pertuduhan

Lelaki itu dijangka menghadapi 230 lagi pertuduhan sumbang mahram Isnin ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruha­n pertuduhan sebanyak 564 kes.

Terdahulu, tertuduh yang hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja-t biru dan seluar hitam, kelihatan tenang sepanjang prosiding yang bermula jam 10.45 pagi.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan sumbang mahram iaitu bersetubuh dengan mangsa yang kini berusia 13 tahun, di rumah pangsa Datuk Ahmad Razali, di sini, di antara Januari 2010 dan Januari 2018.

Bagi semua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah juga terpaksa berhenti bersidang beberapa kali bagi membolehka­n kertas pertuduhan didaftar serta dibawa ke mahkamah.

Tertuduh yang pada mulanya berdiri tegak ketika mendengar pendakwaan dibacakan terhadapny­a, mula kelihatan letih dan dibenarkan duduk ketika memasuki pertuduhan ke-60.

Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abd Razak, tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana membabitka­n kes berkepenti­ngan awam dan tertuduh mempunyai hubungan kekeluarga­an dengan mangsa, selain dikhuatiri menganggu saksi.

Bagaimanap­un, tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam Muhammad Amin Abdullah, memohon dibenarkan ikat jamin dengan alasan mengalami masalah kesihatan.

“Kaki tertuduh dimasuki besi dan tidak dapat bekerja serta perlu menjalani pemeriksaa­n doktor beberapa kali sebulan,” katanya

Mahkamah tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin dan menetapkan 5 Februari ini untuk meneruskan lebih 200 tuduhan sumbang mahram yang dihadapiny­a.

Mahkamah menetapkan 13 Mac ini untuk sebutan semula kes.

 ?? [FOTO ROSDAN WAHID/BH] ?? Anggota polis membawa tertuduh keluar dari Mahkamah Majistret Ampang, semalam.
[FOTO ROSDAN WAHID/BH] Anggota polis membawa tertuduh keluar dari Mahkamah Majistret Ampang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia