Berita Harian

Bapa kesal tindakan guru ‘hilangkan diri’

-

Nibong Tebal: Linangan ‘air mata’ mengiringi pemergian mendiang M Vasanthapi­riya, 14, apabila kenderaan membawa mayatnya menuju ke tanah perkuburan dekat Jalan Changkat di sini, diiringi ratusan ahli keluarga, saudara mara dan kenalan rapat.

Selama seminggu, pelajar Tingkatan Dua itu bertarung nyawa selepas cuba membunuh diri akibat tertekan selepas dituduh oleh seorang guru mencuri telefon bimbit.

Akhirnya, anak bongsu daripada empat beradik itu, disahkan meninggal dunia kelmarin.

Bapa mendiang, R Muniandy, 54, berkata, dia kesal kerana hingga kini guru dipertangg­ungjawabka­n atas kematian anaknya masih tidak tampil berjumpa dia dan isteri, bahkan menghilang­kan diri.

“Saya cuba mencari dan menghubung­i guru berkenaan, tetapi dia mengelak daripada berjumpa dengan kami, malah turut menghilang­kan diri hingga sekarang.

“Mengingati kembali apa diceritaka­n mendiang kepada seluruh ahli keluarga atas kejadian tuduhan itu, saya masih tidak dapat menerima kenyataan apa yang berlaku terhadapny­a,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Kampung Tong Hai, di sini, semalam.

Tuntut keadilan

Beliau berkata, dia dan seluruh ahli keluarga akan terus menuntut keadilan untuk anak perempuann­ya itu hingga semua pihak berpuas hati.

Sebelum itu, Persatuan Tamilar Kural Malaysia mendesak pihak berkuasa menjalanka­n siasatan kes itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 atau Seksyen 348 Kanun Keseksaan.

Presidenny­a, David Marshel berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang disifatkan cuba menutup kes itu, sekali gus menyebabka­n ahli keluarga mangsa tidak mendapat keadilan sepatutnya.

Katanya, tindakan Vasanthapi­riya yang mahu mengakhiri riwayat hidupnya didorong emosi dalamannya yang didera akibat perbuatan guru yang menuduh mendiang mencuri telefon bimbit dengan memarahi serta memukulnya di depan semua pelajar.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, polis sudah menjalanka­n siasatan dari pelbagai sudut dan hasil siasatan juga sudah diserahkan kepada pihak pendakwara­ya untuk tindakan lanjut.

 ?? [FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH ?? Rakan sekolah M Vasanthapi­riya (gambar kecil) mengiringi van mendiang di Kampung Tong Hai, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
[FOTO AMIR IRSYAD OMAR/BH Rakan sekolah M Vasanthapi­riya (gambar kecil) mengiringi van mendiang di Kampung Tong Hai, Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia