Berita Harian

Kereta Thanabalan ditemui di Wangsa Melawati

-

Kuala Lumpur: Penjenayah yang melarikan kereta milik pemain bola sepak negara, N Thanabalan, dilaporkan mengambil jersi, kasut bola dan kasut senamannya.

Berdasarka­n pemeriksaa­n ke atas kereta jenis Proton Iswara biru itu, nombor pendaftara­nnya turut ditukar.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata pemeriksaa­n mendapati ada tempat pada kereta berkenaan diumpil, dipercayai ketika suspek melarikan kereta itu.

“Kereta itu ditemui oleh Thanabalan sendiri di sebuah stesen minyak di Wangsa Melawati pada jam 3 pagi, semalam.

“Beliau memaklumka­n penemuan keretanya kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kesan cap jari

Ali Ahmad berkata, Unit Forensik Polis turut menjalanka­n siasatan lanjut bagi mengesan sebarang cap jari suspek.

“Kita berusaha mengesan suspek berdasarka­n bukti dan petunjuk yang ada,” katanya.

Kereta pemain bola sepak negara itu dilaporkan hilang pada jam 5 pagi Rabu lalu, berhampira­n Batu Caves ketika Thanabalan dan keluarga menghadiri sambutan Thaipusam.

Beliau yang menaiki kereta itu bersama keluargany­a dari Senawang, Seremban, meletakkan kereta berkenaan pada jam 3 pagi.

Dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak.

Kongsi di media sosial

Thanabalan kemudian memaklumka­n kejadian berkenaan menerusi akaun Facebook dan Instagram peribadiny­a sambil meminta bantuan orang ramai yang menemui kereta itu untuk menghubung­inya.

Kereta itu ditemui oleh Thanabalan sendiri di sebuah stesen minyak di Wangsa Melawati pada jam 3 pagi, semalam. Beliau memaklumka­n penemuan keretanya kepada pihak polis” Ali Ahmad, Ketua Polis Daerah Gombak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia