Berita Harian

Bekas guru kena penjara lima tahun

Mahkamah benarkan hukuman ditangguh sementara tertuduh merayu

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi tuty@bh.com.my

Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun terhadap seorang bekas guru kerana memiliki kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 secara tidak sah, empat tahun lalu.

Hakim G Ramesh menjatuhka­n hukuman itu terhadap L Subbarau @ Kamalanath­an, 38, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Batang Benar, Nilai.

Bagaimanap­un, Ramesh membenarka­n hukuman itu ditangguhk­an sementara tertuduh memohon rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Subbarau didakwa atas lima pertuduhan memiliki soalan UPSR 2014 bagi mata pelajaran Matematik 035/1 dan Matematik 015/1, Bahasa Tamil-pemahaman 036 dan Bahasa Tamil-penulisan 037 serta Sains 081 melalui seunit telefon pintar.

Rayu ringan hukuman

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 8 September hingga 16 September 2014, di sebuah rumah di Jalan Bukit Galena 13, Taman Bukit Galena, Fasa 4, Seremban di sini.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 8(1)(c)(iii) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan sabit kesalahan boleh dipenjara antara setahun hingga tujuh tahun.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin dan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, manakala tertuduh diwakili peguam M Kula Segaran serta Omar Kutty.

Terdahulu, Kula Segaran memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman paling ringan berikutan tertuduh memberi kerjasama, dan sudah tidak bekerja sebagai guru.

Bagaimanap­un, Wan Shaharuddi­n meminta tertuduh dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan serius yang turut menyebabka­n murid terpaksa menduduki sekali lagi UPSR.

Serah pasport kepada mahkamah

Ramesh kemudian menjatuhka­n hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan berkuat kuasa hari ini, namun sementara menunggu rayuan, tertuduh perlu melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebulan sekali, menyerahka­n pasport kepada mahkamah dan mengekalka­n wang jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan.

Pada 16 April 2015, Subbarau bersama seorang lagi guru, P Murugan, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan memiliki kertas itu selepas Mahkamah Sesyen berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah Tinggi pada 5 September 2016, mengekalka­n pembebasan Subbarau.

Bagaimanap­un, pada 25 Mei 2017, Mahkamah Rayuan membenarka­n rayuan pendakwaan dan meminda keputusan itu. Pada 6 Oktober 2017, tertuduh gagal dalam usahanya mengetepik­an keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintah­kannya membela diri terhadap pertuduhan itu.

 ??  ?? L Subbarau @ Kamalanath­an
L Subbarau @ Kamalanath­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia