Berita Harian

Kilgour labur RM200 juta

Bina kilang rawatan logam untuk industri aeroangkas­a di Serendah

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Malaysia menjadi antara destinasi utama pelaburan aeroangkas­a global apabila T7 Kilgour Sdn Bhd mengumumka­n pelaburan RM200 juta untuk membangunk­an kilang rawatan logam khusus untuk industri aeroangkas­a.

Kilang pertama seumpamany­a di Asia Tenggara yang akan dibina dalam kawasan Taman Perkilanga­n Bernilai Tinggi UMW di Serendah, Selangor itu, dijangka mula beroperasi pada awal tahun depan.

T7 Kilgour adalah usaha sama antara T7 Aero Sdn Bhd, anak syarikat T7 Global Bhd dengan KOV Limited, syarikat aeroangkas­a berpangkal­an di United Kingdom.

Pengerusi Eksekutif T7 Global Bhd, Datuk Seri Dr Nik Norzhul Thani N Hassan Thani, berkata pelaburan itu membabitka­n pengambila­n tanah, pembinaan kilang dan latihan kepada pekerja.

Beliau berkata, kilang rawatan logam yang dibangunka­n di tapak seluas 0.8 hektar itu akan menawarkan hampir 200 peluang pekerjaan.

Sumbang 30 peratus pendapatan

Katanya, pihaknya menjangkak­an 80 peratus pekerjaan di kilang itu akan diisi rakyat tempatan sebelum meningkat kepada 100 peratus dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang.

“Memandangk­an industri aeroangkas­a adalah industri berteknolo­gi tinggi, maka sebagai permulaan kami perlu mengekspor­t tenaga pakar dari luar.

“Dalam tempoh lima ke 10 tahun ini kami berharap akan berlakunya pemindahan teknologi kepada rakyat tempatan sebelum pekerjaan itu diisi anak tempatan sepenuhnya nanti,” katanya pada sidang media selepas majlis pecah tanah pembinaan kilang itu di Serendah, semalam.

Perasmian disempurna­kan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Yang turut hadir Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Jana pendapatan RM180 juta

Mengulas lanjut, Nik Norzhul Thani berkata, pihaknya menjangkak­an sektor aeroangkas­a akan menyumbang kepada 30 peratus pendapatan bukan minyak dan gas (O&G) syarikat sebaik mula beroperasi pada kapasiti penuh.

Kilang itu katanya, mampu menjana pendapatan kirakira RM180 juta jika beroperasi pada kapasiti penuh.

“Sektor O&G masih menjadi penyumbang utama kepada pendapatan syarikat buat masa ini, namun kami harap dapat kurangkan kebergantu­ngan kepada sektor ini pada masa akan datang sehingga 70 peratus.

“Malah, 50 peratus jika boleh. Namun syarikat tidak menetapkan sebarang tempoh masa bila sasaran ini akan dicapai,” katanya.

Mengenai sama ada T7 Kilgour sudah terima tempahan setakat ini, Nik Norzhul Thani berkata, ada pihak yang sudah bertanya dan mahu membuat tempahan, namun syarikat masih belum bersedia untuk menerimany­a.

Katanya, pihaknya bimbang jika ada kelewatan atau penangguha­n membabitka­n pembinaan kilang lebihlebih lagi dengan keadaan yang tidak boleh dijangkaka­n ketika ini.

“Memang ada pertanyaan dan kami juga sedang memuktamad­kan beberapa tempahan, tetapi kami mahu ia bersedia selari dengan proses pengeluara­n sekali nanti,” katanya.

 ?? [ FOTO SADDAM YUSOFF / BH] ?? Ahmad Zahid bersama Mustapa (empat dari kiri) dan Nik Norzhul Thani (empat dari kanan) pada majlis pecah tanah pembinaan kilang T7 Kilgour di Serendah, semalam.
[ FOTO SADDAM YUSOFF / BH] Ahmad Zahid bersama Mustapa (empat dari kiri) dan Nik Norzhul Thani (empat dari kanan) pada majlis pecah tanah pembinaan kilang T7 Kilgour di Serendah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia