Berita Harian

Naza TTDI catat rekod jualan belum dibil RM1B

-

Naza TTDI Sdn Bhd membuka lembaran tahun baharu dengan mencatatka­n jualan belum dibil bernilai RM1 bilion, tatkala pasaran hartanah dipengaruh­i sentimen pengguna yang lemah.

Pengarah Eksekutif/ketua Pegawai Operasi Naza TTDI, Datuk Idzham Mohd Hashim, berkata dengan meneruskan langkah dalaman untuk menjana pasaran yang mampan, syarikat cabang hartanah Kumpulan Naza itu menjangkak­an prestasi kewangan yang baik untuk tahun ini.

“Setakat ini, kami mempunyai RM1 bilion jualan belum dibil yang akan membantu kami kekal maju di dalam pasaran yang kompetitif ini,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam, semalam.

Sasaran jualan RM745 juta

Idzham berkata, pencapaian itu adalah kali pertama pemaju hartanah milik persendiri­an itu mencatat jumlah jualan belum dibil bernilai RM1 bilion dan jualan kukuh pada 2017 juga adalah kejayaan yang julung kali dicapai.

Beliau berkata, kejayaan itu adalah pencapaian jualan terbaik bagi Naza TTDI dalam tempoh lima tahun. “Kami sudah mencapai jualan sebanyak RM815 juta pada 2017. Tahun ini, Naza TTDI meletakkan sasaran jualan sebanyak RM745 juta.

“Kami akan memberikan tumpuan kepada jualan komponen Met 1 yang terletak di KL Metropolis; keseluruha­n blok menara pejabat; TTDI Sentralis, sebuah pembanguna­n bercampur yang terletak di Shah Alam serta TTDI Ayana, sebuah pembanguna­n kediaman yang akan dilancarka­n tidak lama lagi,” katanya.

Naza TTDI akan melancarka­n TTDI Ayana pada separuh kedua 2018 dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) bernilai RM395 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia