Berita Harian

Airasia rancang beli Boeing 787

-

Airasia Bhd, syarikat penerbanga­n tambang rendah, bercadang membeli pesawat Boeing 787 bagi mengembang­kan penawaran oleh anak syarikat penerbanga­n jarak jauhnya, Airasia X, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Tan Sri Tony Fernandes.

“Airasia X akan memerlukan lebih banyak pesawat. Kami bercadang membeli Airbus 330 dan 350 serta Boeing 787,” kata Tony kepada media pada luar forum perniagaan di Manila, semalam.

Kumpulan Airasia yang sudah membuat tempahan bagi Airbus A330 dan A350, secara eksklusif dikaitkan dengan pesawat Airbus, namun, pakar industri berkata, Boeing 787 sesuai untuk operasi penerbanga­n jarak jauh.

Sasar tambah Airbus A321neo

Fernandes berkata, kumpulan juga berminat untuk menambah lebih banyak jet jarak jauh Airbus A321neo selepas membeli 100 unit pesawat itu sebelum ini.

“Kami pasti akan memerlukan lebih banyak pesawat lagi pada masa depan,” katanya.

Airasia, yang menerbangk­an hampir 200 pesawat, selain menjadi pengendali terbesar pesawat paling laris Airbus A320 jet turut memiliki syarikat penerbanga­n di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India dan Jepun selain merancang berkembang di China dan Vietnam.

Bulan lalu, Fernandes berkata, kumpulan itu merancang menambah sekitar 30 jet untuk syarikat penerbanga­nnya di seluruh Asia di tengah-tengah pertumbuha­n permintaan yang kukuh. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia