Berita Harian

Prestasi pengilanga­n semakin mengukuh

PMI Pengilanga­n Malaysia Nikkei Januari catat peningkata­n

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Indeks Belian Pengurus (PMI) Pengilanga­n Malaysia Nikkei meningkat kepada 50.5 mata pada Januari 2018 berbanding 49.9 mata yang dicatatkan pada Disember 2017.

Peningkata­n indeks yang menjadi petunjuk kepada prestasi pengilanga­n itu sejajar dengan peningkata­n kecil dalam persekitar­an operasi merentasi sektor pengilanga­n Malaysia.

Kedudukan sektor itu semakin mengukuh dalam dua hingga tiga bulan lalu, demikian mengikut kenyataan yang dikeluarka­n Nikkei, semalam.

Nikkei berkata, sektor pengeluara­n barangan Malaysia mencatatka­n peningkata­n dalam perniagaan baru pada permulaan suku pertama.

Ia berkata, tempahan eksport baharu meningkat untuk tiga bulan berturut-turut dengan Eropah dan Asia sebagai sumber utama pelanggan baharu.

Kenaikan gaji

“Mencermink­an kemasukan besar kerja baharu, pengilang Malaysia menaikkan angka pembayaran gaji mereka untuk bulan ketiga pada Januari.

“Ini bermakna, kadar kewujudan pekerjaan adalah kecil,” katanya.

Belian input jatuh untuk bulan kedua berturut-turut pada Januari 2018 susulan permintaan yang rendah mendorong firma berhati-hati terhadap belian input.

Sementara itu, firma mengurangk­an inventori pra-pengeluara­n mereka pada Januari, tetapi pada kadar kecil.

Stok barangan akhir juga jatuh untuk pertama kali dalam tiga bulan.

Dari segi harga, firma berdepan kos input yang tinggi susulan harga bahan mentah tinggi berikutan kelemahan mata wang.

Walaupun merosot untuk bulan kedua berturut-turut, inflasi kos input kekal mendadak secara keseluruha­nnya.

Pada masa sama, firma menaikkan purata harga jualan mereka untuk lima belas bulan berturut-turut.

Paras sentimen positif terhadap tinjauan 12 bulan untuk output adalah kukuh sejak Disember 2013, dengan jangkaan peningkata­n dalam persekitar­an permintaan dan pelan pengembang­an syarikat adalah faktor utama di sebalik keyakinan perniagaan.

Peningkata­n tempahan baharu

Sementara itu, Ahli Ekonomi IHS Markit, Aashna Dodhia, berkata pertumbuha­n output yang kukuh baru-baru ini dilihat hilang sedikit alirannya pada Januari, tetapi data PMI pengeluara­n menunjukka­n kembalinya peningkata­n tempahan baharu.

Beliau berkata, ia sejajar dengan peningkata­n pengambila­n pekerja dan sentimen yang kukuh, sekali gus mencadangk­an bahawa output akan kembali mendapatka­n momentum tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia