Berita Harian

XL Axiata rancang labur RM1.94 bilion perluas operasi

-

XL Axiata, anak syarikat 66.4 peratus milik Axiata Group Bhd di Indonesia, bercadang mengembang­kan lagi operasinya dalam saluran tv berbayar, khidmat jalur lebar dan talian tetap dengan peruntukan pelaburan mencecah AS$500 juta (RM1.94 bilion).

Pengarah Presiden XL Axiata, Dian Siswarini pada satu sidang media di Jakarta yang dipetik agensi berita Bloomberg semalam berkata, pelaburan itu juga ter masuk aktiviti pengambila­lihan serta kerjasama dengan beberapa syarikat televisyen kabel di republik itu.

Selain itu, agensi berita berkenaan juga melaporkan, XL Axiata yang juga syarikat telekomuni­kasi di Indonesia turut menyasarka­n peningkata­n pendapatan satu angka pertengaha­n atau lebih tinggi pada tahun ini, menurut Pengarah Kewanganny­a, Mohamed Adlan Ahmad Tajudin.

50 peratus pelanggan berdaftar

Pada sidang media sama, syarikat berkenaan juga berkata, setakat ini sejumlah 50 peratus pelanggan sudah berdaftar.

“Bagaimanap­un, penguatkua­saan peraturan pendaftara­n yang lebih ketat oleh kerajaan dijangka akan menghalang pertumbuha­n pelanggan,” katanya.

XL Axiata antara pengendali telekomuni­kasi mudah alih terbe sar di Indonesia yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an telekomuni­kasi yang inovatif termasuk suara, khidmat pesanan ringkas (SMS) dan perkhidmat­an nilai tambah (VAS) kepada data mudah alih yang meliputi kirakira 90 peratus penduduk di seluruh Indonesia.

Syarikat berkenaan turut memiliki lebih 20 tahun pengalaman dan memahami setiap keperluan pelanggan mereka.

 ??  ?? Dian Siswarini
Dian Siswarini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia