Berita Harian

Kadar faedah pinjaman rendah tingkat kuasa beli

Syor kerajaan bukti komitmen terhadap agenda perumahan nasional kepada rakyat

- Oleh Nurhayati Abllah nurhayatia­bllah@bh.com.my

Harga rumah mahal dan tidak mampu untuk beli!. Ia antara frasa yang sering diperkatak­an ramai di negara ini.

Peka dengan permasalah­an itu, kerajaan sentiasa mencari penyelesai­an bagi mengurangk­an beban rakyat.

Antara usaha terbaru yang dianggap memberi ‘harapan’ bagi memiliki hartanah sendiri ialah cadangan kerajaan untuk menetapkan kadar faedah pinjaman perumahan lebih rendah.

Meskipun ia dianggap masih pada peringkat cadangan, usaha yang dijalankan itu dilihat dapat meningkatk­an kuasa beli rumah dalam kalangan rakyat di negara ini, terutama golongan berpendapa­tan rendah (B40) dan pertengaha­n (M40).

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yakin usaha berkenaan turut menjadi pemangkin ke arah status ekonomi lebih baik untuk rakyat berikutan nilai hartanah akan terus meningkat pada setiap tahun.

Presidenny­a, Datuk Seri FD Iskandar, berkata cadangan itu membuktika­n komitmen kerajaan terhadap agenda perumahan nasional kepada rakyat, malah sebelum ini REHDA beberapa kali turut menyuaraka­n pandangan sama.

“Langkah ini juga dapat meningkatk­an kuasa membeli serta kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat, yang mana mereka mengalami kesukaran untuk memiliki rumah idaman sendiri,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Cabaran utama pembeli

Ketika ini, kadar faedah pinjaman perumahan di Malaysia adalah 4.65 peratus, manakala negara lain seperti Singapura adalah 1.45 peratus dan Australia 5.33 peratus.

FD Iskandar berkata, meskipun wujud kesan positif daripada penurunan kadar faedah pinjaman itu, pihaknya menegaskan kemudahan pembiayaan akhir masih menjadi komponen penting dan ia mestilah selari dengan cadangan yang dikemukaka­n.

“Cabaran utama yang pembeli terpaksa tempuhi, terutama generasi muda yang kali pertama ingin membeli rumah adalah untuk mendapatka­n pinjaman.

“Sekiranya isu ini dapat ditangani dengan baik, di samping kelebihan cadangan kadar faedah yang rendah, lebih ramai dapat merealisas­ikan impian memiliki rumah sendiri,” katanya.

Cadangan itu, pada masa sama turut mendapat maklum balas positif daripada pemaju hartanah.

Pemaju sambut baik cadangan

LBS Bina Group Bhd umpamanya mengalu-alukan cadangan berkenaan dan menyifatka­n ia membawa kebaikan kepada pemaju hartanah.

Pengarah Urusan Kumpulan LBS Bina Group, Tan Sri Lim Hock San, berkata cadangan itu adalah usaha kerajaan untuk menggalakk­an pemilikan rumah, pada masa sama, tidak mahu pembeli dibebankan dengan pembayaran pembiayaan rumah yang tinggi.

Pada masa sama, penguranga­n kadar faedah pinjaman perumahan juga diharapkan dapat merancakka­n lagi pertumbuha­n pasaran hartanah di negara ini.

Pada 25 Januari lalu, kerajaan mengumumka­n cadangan untuk menetapkan kadar faedah pinjaman perumahan yang lebih rendah bagi mengurangk­an beban kewangan rakyat.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Mengenai Isu Perumahan di Perdana Putra.

Kertas cadangan mengenainy­a akan dikemukaka­n kepada Kabinet dalam masa terdekat dan ketika ini, cadangan berkenaan sedang diusulkan kepada bank komersial untuk pertimbang­an, sebelum arahan lanjut dikeluarka­n Bank Negara Malaysia (BNM).

Cabaran utama yang pembeli terpaksa tempuhi, terutama generasi muda yang kali pertama ingin membeli rumah adalah untuk mendapatka­n pinjaman” FD Iskandar, Presiden REHDA

 ?? [ FOTO HIASAN ] ??
[ FOTO HIASAN ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia