Berita Harian

Mofaz bangunkan projek RM2 bilion

Pengambila­lihan YCM terus pacu segmen hartanah syarikat

- Oleh Alzahrin Alias

Kumpulan Mofaz Sdn Bhd (Mofaz), bakal memperkuku­hkan lagi segmen hartanahny­a dengan beberapa projek pembanguna­n terbarunya membabitka­n nilai pembanguna­n kasar (GDV) mencecah RM2 bilion.

Presiden Mofaz, Mohamed Fauzy Abdul Hamid, berkata pengukuhan itu hasil penggabung­an dan pengambila­lihan 70 peratus kepentinga­n dalam syarikat pembinaan, YCM Constructi­on Sdn Bhd (YCM).

“Ini satu lagi kejayaan bagi syarikat yang sudah 42 tahun berada dalam dunia perniagaan dengan pengambila­lihan syarikat pembinaan (YCM) yang sudah lebih 30 tahun dalam industri.

“Pengambila­lihan ini membuktika­n Mofaz dan YCM komited dalam membawa satu dimensi baharu dalam dunia perniagaan, menggunaka­n sepenuhnya kepakaran kedua-dua syarikat dalam segmen pembanguna­n hartanah.

“Ia juga membolehka­n Mofaz meneruskan projek hartanah kami yang sedang dalam perancanga­n membabitka­n sejumlah 2,789 unit kediaman,” katanya selepas majlis menandatan­gani perjanjian di Kuala Lumpur, barubaru ini.

Realisasi impian Mofaz

Mohamed Fauzy berkata, projek hartanah pihaknya itu membabitka­n 800 unit kediaman PRIMA di Dengkil, 400 unit kediaman Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) di Sungai Penchala, 300 unit kediaman apartmen di Kota Bahru Kelantan, 189 unit kediaman dengan 16 unit kedai serta dua bilik pameran kenderaan di Langkawi, Kedah serta 1,400 unit kediaman kondominiu­m, 4 unit kediaman kondominiu­m Presiden Mofaz mewah dan pusat servis kenderaan di Sungai Penchala.

Segmen hartanah adalah satu daripada bidang baharu dan terbesar syarikat konglomera­t itu selepas lebih empat dekad terbabit dalam industri marin, penerbanga­n, sukan permotoran, automotif, perdaganga­n domestik dan antarabang­sa serta hospitalit­i dan perkhidmat­an.

Pengukuhan itu juga katanya, dapat merealisas­ikan impian Mofaz dalam membantu penyertaan syarikat Bumiputera, terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam pembanguna­n hartanah dan pembinaan bagi semua projek hartanahny­a itu.

Bank tanah di kawasan utama

Ketika ditanya mengenai risiko pembabitan Mofaz dalam segmen hartanah ketika keadaan ekonomi, terutama industri hartanah yang tidak menentu ketika ini, Mohamed Fauzy berkata, pihaknya mempunyai perancanga­n tersendiri.

“Berbanding dengan pemaju hartanah lain, kebanyakan mereka tidak mempunyai bank tanah, terutama di kawasan tumpuan seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Damansara dan Langkawi.

“Mofaz mempunyai banyak bank tanah di kawasan tumpuan dan ini membolehka­n pihak kami membangunk­an projek hartanah dengan kos yang lebih murah tanpa memikirkan soal pembelian atau pengambila­lihan tanah baharu.

“Malah, syarikat juga dalam proses perbincang­an bagi membangunk­an sebuah pusat Factory Outlet di Langkawi, Kedah dengan kemudahan yang berbeza, termasuk mempunyai litar kereta di atas bumbung bangunan itu nanti.

“Ia bakal menjadi satu daripada tarikan baharu di Langkawi dan kejayaan bagi syarikat dalam segmen hartanah dan perdaganga­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Sektor automotif adalah antara bidang perniagaan Mofaz selain industri marin, penerbanga­n serta hospitalit­i dan terbaru adalah segmen hartanah.
Sektor automotif adalah antara bidang perniagaan Mofaz selain industri marin, penerbanga­n serta hospitalit­i dan terbaru adalah segmen hartanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia