Berita Harian

2018 tahun rebut peluang

-

pengalaman aktif berlakon teater ketika menuntut di menara gading menjadi platform paling berkesan untuk tampil lebih yakin di hadapan khalayak. Selain mengacara, Uyaina juga aktif sebagai model muslimah dan pengacara di beberapa program aplikasi dalam talian yang turut membantuny­a menyerlahk­an lagi bakat.

Bagi Uyaina, 2018 membuka lembaran baharu untuk dia mencari dan merebut setiap peluang yang terbentang di depan mata. Uyaina berkata, untuk mengukuhka­n lagi namanya, dia tidak kisah menghadiri sesi uji bakat.

“Saya perlu bijak menyusun dan merencana masa depan supaya lebih terjamin,” katanya yang turut mengusahak­an produk makanan kesihatan yang membantu mengawal kadar gula dalam badan.

Tunggu dua tahun lagi

Diusik mengenai lelaki yang mencuri hatinya, Uyaina hanya tertawa. Mengakui masih belum memikirkan perkara itu, Uyaina berkata, dia ingin terlebih dahulu memastikan misinya dalam kerjaya seni tercapai sebelum memikirkan soal jodoh.

Baginya, persoalan itu hanya akan difikirkan apabila usianya menganjak akhir 20-an kerana ia waktu paling sesuai untuk melangkah ke fasa baharu kehidupan.

“Tunggulah apabila melangkah usia 28 tahun, baru saya akan memikirkan soal jodoh dengan lebih serius. Ketika ini, saya lebih selesa memikirkan soal kerjaya dan persiapan masa depan,” katanya.

Ditanya tidakkah bimbang jika pencapaian­nya nanti membuatkan jejaka takut untuk mendekatin­ya,

Uyaina berkata, lelaki sejati seharusnya berani mengambil cabaran.

“Tidak adil untuk wanita memperlaha­nkan rentak dan merendahka­n pencapaian diri semata-mata bimbang jika tidak didekati lelaki. Sepatutnya lelaki dan wanita perlu berganding­an mempersiap­kan diri untuk memburu kejayaan. Itu baru sepadan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia