Berita Harian

Degup Cinta jadi taruhan

Anggap ia kelebihan untuk pelbagaika­n watak, luas pengaruh di pasaran antarabang­sa

- Oleh Syarrizuan Abdul Rashid

Bbpop@bh.com.my

agaikan sudah sebati apabila dia sering diberikan watak antagonis dan berat dalam setiap lakonannya. Bagi Josiah Hogan, ia bukan masalah, sebaliknya dia selesa atas kepercayaa­n yang diberikan itu.

Hampir sedekad mengorak langkah sebagai pelakon, Josiah mengakui watak berat sudah berakar dalam dirinya, meskipun tidak mudah untuk menjayakan­nya. Akui Josiah, permainan watak yang menuntut penghayata­n dan mainan dalaman cukup mencabar kemampuann­ya.

“Kebiasaann­ya watak berat tidak banyak bermain dengan dialog. Ia sebaliknya menguji keupayaan pelakon bermain dengan emosi, ekspresi dan bahasa tubuh untuk menterjema­hkan karakter. Biarpun sukar, saya selesa melakonkan­nya.

“Ia bagaikan penghargaa­n terhadap bakat yang saya miliki kerana Dibesarkan di Kelantan bukan tugas mudah untuk melunaskan­nya,” katanya.

Bercerita lanjut, Josiah atau nama sebenarnya, Mohamad Musleh, 32 berkata, tanggungja­wab itu bermula ketika percubaan pertamanya dalam bidang lakonan menerusi drama bersiri,

arahan Osman Ali. Meskipun selesa membawa watak yang hampir sama, Josiah tidak akan menolak sekiranya ditawarkan peranan berbeza untuk mencari kepuasan sebenar.

“Sebagai pelakon, saya sentiasa bersedia menyahut cabaran baharu. Saya idamkan watak sebagai penyiasat kerana ia membuka banyak ruang yang menjana minda untuk menggerakk­an karakter,” katanya yang dilahirkan di Amerika Syarikat.

Tembusi pasaran luar

Mengenai raut wajah kacukannya, Josiah mengakui, ia antara kelebihan yang memberinya pelbagai keistimewa­an sebagai pelakon. Dia mengakui, paras rupa yang dimilikiny­a membolehka­nnya mencuba pelbagai jenis watak, sekali gus meluaskan lagi pasarannya.

“Saya percaya, wajah kacukan perlu untuk mewarnai sesebuah produksi, terutama jika kita ingin meluaskan pasaran produksi. Lihat drama dan filem dari Thailand, Filipina dan Indonesia yang banyak mengetenga­hkan pelakon berwajah kacukan.

“Ia secara tidak langsung mampu menjadi elemen sokongan untuk mencuba pasaran global,” katanya yang mempunyai darah Mexico.

Mengagumi Azri Iskandar, Wan Hanafi Su dan Eman Manan yang dilihatnya mempunyai karisma serta pesona tersendiri, Josiah juga sering menjadikan mereka sebagai rujukan.

Akuinya, ketigatiga pelakon itu mempunyai kredibilit­i tersendiri dan begitu hebat bermain dengan emosi serta ekspresi setiap kali beraksi.

“Watak yang mereka bawakan bukan hanya berlegar kepada lakonan, sebaliknya turut membawa penonton mendasari emosi sesuatu karakter secara menyeluruh,” katanya.

Sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga cahaya mata.

Antara drama dan filem lakonannya ialah Cinta Jangan Pergi, Disapa Izrael, Tangisan Langsuir, Bicara Hati, KL Vampire, Surf The Love dan Manisnya Cinta Di Cappadocci­a.

 ??  ?? Bicara Hati
Bicara Hati

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia