Berita Harian

Haziq tak leka dipuji

-

Bagi vokalis kumpulan Putera Band, Muhammad Haziq Hasbullah, 18, atau Haziq, pujian peminat tidak sesekali membuatnya hanyut. Bersyukur dianugerah­kan paras rupa kacak, Haziq sentiasa mengingatk­an diri supaya tidak menyalahgu­nakan kelebihan itu untuk tujuan tidak baik.

“Wajah kacak sematamata tidak memadai untuk menambat hati peminat. Ia perlu seiring dengan bakat dan produk yang baik. Saya percaya Putera Band dikenali kerana lagu dan bakat, bukan paras rupa. Itu lebih bermakna daripada mempertaru­hkan wajah, tetapi bakat tidak ke mana,” katanya.

Sama seperti Afiq, Haziq juga pernah berdepan gangguan peminat yang cuba memancing perhatiann­ya. Haziq bagaimanap­un, memilih untuk tidak melayani permintaan keterlalua­n peminat itu.

“Ada ketika, berdiam diri itu lebih baik. Saya didik diri supaya sentiasa menghormat­i peminat dan menghargai sokongan mereka. Saya juga harap mereka begitu kerana bagi saya, setiap apa yang dilakukan perlu ada batasnya,” katanya.

Setia dengan Putera Band

Baru menamatkan alam persekolah­an tahun lalu, Haziq turut berhasrat menyam bung pengajian dalam bidang perniagaan sebagai persediaan sebelum memperkena­lkan produk sendiri. Baginya, usia muda tidak seharusnya disiasiaka­n tanpa perancanga­n rapi.

“Perjalanan saya masih panjang dan saya perlu bijak mengatur perancanga­n masa depan. Sama ada dari sudut peribadi atau kerjaya, keduaduany­a harus bergerak seiring.

Tidak lama lagi, Putera

Band bakal muncul dengan single ketiga selepas Rebahku Tanpamu dan Terseksa.

“Andai dua lagu terdahulu lebih cenderung kepada sentuhan perlahan, kali ini kami ingin tampil dengan lagu yang segar dan rancak. Percubaan ini menjadi bukti Putera Band adalah kumpulan versatil dan berani mencari pembaharua­n,” katanya.

Ditanya mengenai uraura bakal tampil solo, Haziq pantas menepis khabar itu. Katanya, dia masih selesa bersama kumpulan yang disertainy­a sejak dua tahun lalu.

“Secara jujur, saya lebih yakin beraksi secara berkumpula­n. Saya akan tetap bersama Putera Band, malah kami berusaha keras membina nama sebagai kumpulan muzik yang dihormati. Soal tampil solo tidak pernah timbul kerana saya tetap setia bersama Putera Band,” katanya. Bermula peserta sebagai Kecil Idola pada 2008

Penuntut peringkat dalam diploma bidang perniagaan

Masih pernah solo dan putus

Anak cinta daripada bongsu beradik empat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia