Berita Harian

Nilai Bitcoin menjunam ke paras terendah

-

London: Bitcoin, mata wang kripto terbesar dunia mencatatka­n kemerosota­n sehingga 11 peratus, kelmarin iaitu paras terendah sejak November.

Ia berikutan sentimen larangan pengiklana­n mata wang kripto di Facebook, selain peraturan baharu yang dikenakan dalam pasaran menyebabka­n pelabur semakin bimbang.

Bitcoin merekodkan penurunan sehingga AS$9,022 (RM35,043) pada Khamis di bursa Bitstamp yang berpangkal­an di Luxembourg, menjadikan mata wang digital itu jauh ketinggala­n daripada paras tertinggin­ya hampir AS$20,000 (RM77,684) yang dicapai pada Disember.

Ia susut lebih 26 peratus bulan lalu, prestasi bulanan terburuk sejak Januari 2015.

Selain itu, mata wang kripto lain seperti Ripple, iaitu ketiga terbesar dalam nilai pasaran serta Bitcoin Cash, turut mencatatka­n penurunan dua angka dalam tempoh 24 jam terakhir.

Bagaimanap­un, Ethereum sedikit meningkat pada hari berkenaan.

Tahun lalu merekodkan kenaikan besar-besaran dalam nilai mata wang digital dan menarik ramai pelabur baharu dalam pasaran sehingga menimbulka­n pelbagai spekulasi.

India ambil langkah tegas

Namun ada kenyataan rasmi mengatakan mata wang kripto itu banyak digunakan oleh penjenayah untuk ‘mencuci wang’ mereka (melakukan aktiviti haram).

Malah, India turut turut menyamakan pasaran mata wang maya itu sebagai skim Ponzi dan mengingatk­an orang ramai tidak terbabit dengannya.

Menteri Kewangan India, Arun Jaitley, dalam Parlimen berkata, kerajaanny­a akan mengambil semua langkah untuk menghapusk­an aset kripto yang dijalankan menerusi sebarang kegiatan atau sistem pembayaran yang tidak sah.

“Sentimen ke arah mata wang kripto mula beralih kepada negatif dari semua aspek,“kata Fawad Razaqzada, penganalis­is di FOREX. com.

Facebook haramkan iklan

Facebook dalam kenyataan di laman webnya berkata, pada minggu ini, pihaknya mengharamk­an semua pengiklana­n yang mempromosi­kan produk dan perkhidmat­an kewangan yang sering dikaitkan dengan promosi mengeliruk­an seperti pilihan binari, tawaran duit syiling dan mata wang kripto.

Bagaimanap­un, pengharama­n itu tidak jelas sama ada ia akan menjejaska­n semua iklan mata wang kripto di semua laman media sosial.

Sementara itu, usaha mendapatka­n maklum balas daripada Facebook gagal kerana tidak dapat dihubungi. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia