Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak Amerika Syarikat (AS) meningkat untuk tiga hari berturuttu­rut semalam, susulan tinjauan menunjukka­n kepatuhan tinggi dalam mengurangk­an bekalan minyak oleh Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan Russia.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermedia­te (WTI) meningkat 32 sen atau 0.5 peratus, kepada AS$66.12 satu tong pada 0108 GMT.

Penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$69.77 satu tong, naik berbanding AS$69.65 satu tong sebelum ini.

Kajian Reuters menunjukka­n, pengeluara­n minyak OPEC meningkat pada Januari daripada paras rendah lapan bulan susulan pengeluara­n lebih tinggi dari Nigeria dan Arab Saudi untuk mengimbang­i penyusutan di Venezuela dan kepatuhan tinggi terhadap langkah mengurangk­an bekalan minyak.

Kajian menunjukka­n OPEC mengeluark­an 32.4 juta tong sehari (bpd) pada Januari, naik 100,000 bpd daripada Disember.

Jumlah keseluruha­n bulan lalu disemak semula kira-kira 110,000 bpd kepada paras terendah sejak April 2017.

Bagaimanap­un, kajian itu mendapati, kepatuhan pengeluar minyak, termasuk dalam perjanjian untuk mengurangk­an bekalan, meningkat kepada 138 peratus daripada 137 peratus pada Disember, menyatakan komitmen tidak berubah walaupun harga minyak mencecah paras tertinggi sejak2014.

“Ia menggarisk­an komitmen kartel terbabit dan Russia untuk mengawal harga minyak,” kata Ketua Strategi Pasaran di Axi-trader, Greg Mckenna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia