Berita Harian

Lingkungan pasaran negatif

FBM KLCI ditutup bercampur berikutan sentimen negatif ekuiti global

-

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada hari terakhir minggu dagangan singkat semalam, berikutan sentimen negatif dalam ekuiti global mempengaru­hi pasaran saham tempatan, bagaimanap­un, kekukuhan ringgit dan harga minyak mentah memberi sedikit sokongan kepada kaunter minyak dan gas.

Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.90 mata untuk ditutup pada 1,870.48 daripada paras 1,868.58 ketika ditutup pada Selasa, selepas dibuka 6.76 mata lebih tinggi kepada 1,875.34.

Barometer pasaran itu bergerak antara 1,863.43 dan 1,880.56 sepanjang dagangan semalam.

Lingkungan pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 610 berbanding 404, manakala 404 kaunter tidak berubah, 441 kaunter tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.

Dagangan susut

Jumlah dagangan susut kepada 2.61 bilion unit bernilai RM3.25 bilion daripada 3.25 bilion unit bernilai RM2.89 bilion pada Selasa.

Pasaran saham Malaysia diniagakan semula semalam selepas ditutup pada Rabu dan Khamis masingmasi­ng sempena cuti umum Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutua­n.

Hong Leong Investment Bank Bhd berkata, kewujudan semula pembelian asing dan sentimen positif tempatan boleh memberi sokongan kepada bursa tempatan.

Antara saham berkaitan indeks, Petdag meningkat 86 sen kepada RM25.48, Petgas menokok 38 sen kepada RM18.28, Nestle melonjak RM2.60 kepada RM115.90, HLFG naik 44 sen kepada RM19 dan Hlbank bertambah 20 sen kepada RM18.80.

Saham paling rugi, MPI susut RM1.10 kepada RM9.40, Tasek kurang 82 sen kepada RM9.88, BAT turun 58 sen kepada RM33.60, KESM menguncup 56 sen kepada RM19.40.

Antara saham aktif, PUC naik tiga sen kepada 24.5 sen, UMWOG menokok satu sen kepada 33.5 sen, Sumatec bertambah setengah sen kepada 8.5 sen, SAPNRG kurang dua sen kepada 73.5 sen dan PA Resources turun setengah sen kepada 9.5 sen.

Indeks FBM Emas naik 4.72 mata kepada 13,376.58, Indeks FBMT 100 bertambah 8.55 mata kepada 13,071.72 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 6.22 mata kepada 13,651.82.

FBM 70 kurang 5.37 mata kepada 16,468.18 dan FBM Ace turun 5.22 mata kepada 6,496.13.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan meningkat 82.43 mata kepada 17,979.58, Indeks Perladanga­n naik 7.27 mata kepada 8,056.40 dan Indeks Perusahaan susut 0.01 mata kepada 3,387.41.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkuranga­n kepada 1.70 bilion unit bernilai RM3.09 bilion daripada 1.97 bilion unit bernilai RM2.70 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan Pasaran ACE pula susut kepada 431.95 juta saham bernilai RM80.8 juta daripada 584.88 juta saham bernilai RM93.53 juta pada Selasa.

Waran pula mencatat jumlah dagangan yang lebih rendah iaitu 469.87 juta unit bernilai RM75.5 juta berbanding 687.45 juta unit bernilai RM97.15 juta sebelum ini.

Barangan pengguna menyumbang 84.91 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (424.17 juta), pembinaan (82.65 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (719.63 juta), teknologi (115.33 juta), infrastruk­tur (10.1 juta), SPAC (19.5 juta), kewangan (98.93 juta), hotel (1.68 juta), hartanah (96.77 juta), perladanga­n (36.37 juta), perlombong­an (184,300), REIT (10.9 juta), dan dana tertutup (12,100).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia