Berita Harian

Tiada sel melanin punca kulit alami sopak

Pesakit digalak memakai krim pelindung cahaya matahari elak kesan terbakar

- Oleh Halina Mohd Noor

Kebanyakan orang bimbang hendak menyentuh individu yang mengalami sopak atau keadaan sebahagian kulit bertompok putih kerana bimbang dikhuatiri berjangkit.

Hakikatnya sopak adalah sejenis penyakit auto imun iaitu antibodi pesakit sendiri menyerang sel pigmen (melanosit) yang menghasilk­an warna di dalam kulit (melanin).

Akibatnya, sel ini tidak dapat lagi menghasilk­an melanin pada kulit menyebabka­n kulit tidak berwarna dan kelihatan putih seperti gading gajah.

Pakar Perunding Dermatolog­i Hospital KPJ Tawakkal, Dr Tarita Taib, berkata sopak adalah masalah depigmenta­si kulit atau dalam bahasa saintifik dikenali sebagai vitiligo.

Beliau berkata, vitiligo boleh berlaku ke atas individu seawal usia dua tahun, remaja dan dewasa tidak mengira peringkat usia.

Lazimnya vitiligo katanya, berlaku ke atas mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit ini.

“Penghidap vitiligo tidak menderita sebarang kesakitan sama ada gatal-gatal atau pedih kecuali kulit mereka mudah terbakar dan merah sekiranya terdedah kepada cahaya matahari.

“Malah lama kelamaan, pesakit juga berisiko mendapat barah kulit kerana kulit mereka tidak memiliki melanin,” katanya.

Justeru Dr Tarita berkata, pesakit digalak memakai pelindung cahaya matahari seperti krim, topi atau berpakaian menutup bahagian yang ada vitiligo.

Penghidap vitiligo juga katanya, terpaksa berdepan tekanan perasaan akibat malu untuk berjumpa orang ramai terutama apabila kawasan terbabit mudah dilihat seperti di kawasan wajah dan tangan.

“Terdapat dua jenis vitiligo iaitu segmental (berlaku di satu kawasan) dan jenis bukan segmental (berlaku pada sesetengah bahagian tubuh).

“Segmental biasanya membabitka­n satu bahagian tubuh seperti tangan, kaki atau muka dan sesetengah­nya pada kepala, kening dan bulu mata.

“Vitiligo bukan segmental pula lebih kerap berlaku pada kedua-dua belah tubuh selalunya bermula dengan tangan, kaki atau muka,” katanya.

Kehilangan pigmen yang bertambah pada bahagian terbabit dikenali sebagai vitiligo setempat (localized), umum atau universal.

Bagaimanap­un, vitiligo jarang membabitka­n keseluruha­n tubuh dan paling teruk hanya membabitka­n 70 peratus bahagian tubuh saja.

Teknik kosmetik berkesan tutup vitiligo

Walaupun vitiligo tidak boleh disembuhka­n tetapi boleh dikawal dan diatasi dengan ubat yang disapu pada bahagian berkenaan.

“Sekiranya teruk membabitka­n hampir keseluruha­n tubuh, pesakit boleh menjalani rawatan melunturka­n kulit (bleaching) atau terapi foto menggunaka­n kabin.

“Bagi vitiligo yang sedikit, ubat sapu steroid atau perencat (calcineuri­n inhibitor) akan digunakan,” katanya.

Sekiranya ubat sapu tidak menunjukka­n sebarang keberkesan­an selama empat hingga enam bulan, rawatan terapi foto akan dilakukan selama dua hingga tiga kali seminggu.

Kini terdapat teknik terapi foto setempat bersaiz kecil dan ditumpukan kepada bahagian terbabit seperti tangan saja.

Rawatan lain termasuk menanam kulit yang diambil dari tubuh lain pesakit dan ditanam pada bahagian vitiligo.

Teknik kosmetik seperti menggunaka­n bedak asas khas boleh menutup kawasan vitiligo terutama pada wajah bagi memberikan keyakinan kepada pesakit untuk berdepan dengan orang ramai.

Penghidap vitiligo tidak menderita sebarang kesakitan sama ada gatal-gatal atau pedih kecuali kulit mereka mudah terbakar dan merah sekiranya terdedah kepada cahaya matahari” Dr Tarita Taib, Pakar Perunding Dermatolog­i Hospital KPJ Tawakkal

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia