Berita Harian

Putik kapas punca telinga tersumbat

Tabiat mengorek punca tahi telinga tertolak ke dalam, telinga menjadi bengkak, bernanah

- Oleh Nor Hatina Shuib hatina@bh.com.my

Apabila telinga tersumbat dan rasa berdengung, biasanya kita akan menelan air liur dan menepuk bahagian telinga bagi mengurangk­an rasa tidak selesa itu. Situasi sama dirasai ketika menaiki lif mahupun saat pesawat sedang berlepas atau berada di tempat tinggi.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Putrajaya, Dr Syisy Ana Abdul Jalal, berkata masalah berlaku sementara saja dan akan pulih selepas kita menguap atau menelan air liur.

Fenomena ini kata beliau, disebabkan tiub antara ruang belakang hidung dan telinga tengah kita yang dikenali sebagai tiub Eustachian tersumbat atau menyempit. Fungsi tiub Eustachian bertujuan mengimbang­kan tekanan dan pengudaraa­n telinga tengah.

“Disebabkan perubahan tekanan udara luar tidak dapat disamakan dengan telinga tengah, getaran gegendang telinga terganggu dan menyebabka­n terasa tersumbat malah boleh mendatangk­an kesakitan,” katanya.

Dr Syisy Ana berkata, punca lain menyebabka­n telinga tersumbat disebabkan tahi telinga yang banyak dan berada dalam keadaan mampat.

Selesema, alahan jejas deria pendengara­n

Faktor lain katanya, termasuk kesan daripada serangan selesema, alahan, bendasing ataupun jangkitan. Oleh itu, doktor akan menanyakan beberapa soalan asas bagi memastikan punca masalah telinga tersumbat.

“Antara soalan ditanya, adakah pesakit sakit dan terdapat nanah atau cecair keluar dari telinga, tempoh telinga tersumbat dan adakah pesakit suka mengorek telinga menggunaka­n putik kapas atau alatan lain,” katanya.

Beliau berkata, soalan yang akan ditanya termasuk adalah pesakit mengalami gejala lain seperti bilik berpusing, selesema, kurang pendengara­n, mendengar desiran atau berdengung.

Doktor juga katanya, akan mendapatka­n pengesahan pesakit adakah telinga mereka pernah dimasuki bendasing.

Tabiat suka mengorek telinga menggunaka­n putik kapas menyebabka­n tahi telinga ditolak ke dalam dan mampat hingga menye babkannya tersumbat.

“Masalah itu boleh diatasi dengan menitiskan ubat pelembut tahi telinga ataupun minyak organik seperti minyak bayi dan minyak zaitun bertujuan melembutka­n tahi telinga.

“Paling penting, elak daripada menggunaka­n alatan atau putik kapas untuk membersihk­an telinga seperti dilakukan sebelum ini,” katanya.

Telinga bernanah disebabkan serangan kulat

Selain itu, Dr Syisy Ana berkata jangkitan bakteria (Otitis externa) atau kulat (Otomycosis) pada salur telinga antara penyebab telinga tersumbat. Selain tersumbat jangkitan ini juga menyebabka­n telinga bernanah dan salur telinga membengkak.

Kesan bengkak dan sakit itu kata beliau, menyebabka­n jangkitan serius jika tidak dirawat terutama pada pesakit uzur atau mereka yang mengalami masalah kencing manis.

“Selain itu, antara punca lain kepada masalah telinga tersumbat adalah jangkitan pada telinga tengah (Otitis media). Jangkitan itu disebabkan terjadinya nanah di dalam telinga tengah.

“Pesakit mengalami sakit telinga yang teruk dan demam selain gangguan deria pendengara­n. Jangkitan telinga tengah ini juga kerap terjadi kepada pesakit yang mengalami selesema terutama dalam kalangan kanakkanak,” katanya.

Perubahan tekanan udara luar tidak dapat disamakan dengan telinga tengah, getaran gegendang telinga terganggu dan menyebabka­n terasa tersumbat malah boleh mendatangk­an kesakitan” Dr Syisy Ana Abdul Jalal, Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT)

Hospital Putrajaya

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia