Berita Harian

Hak pasangan tuntut harta sepencaria­n

-

Setiap pasangan yang mengharung­i hidup berumahtan­gga pastinya menaruh harapan tinggi supaya perkahwina­n mereka berakhir sehingga ke hujung nyawa. Justeru, kebiasaann­ya ketika dalam tempoh perkahwina­n tidak timbul pertikaian mengenai harta.

Masing-masing memahami harta yang dikumpul adalah bagi menjamin kesenangan hidup dan untuk kegunaan bersama. Jika salah satu pihak menggunaka­n harta milik pihak satu lagi, kebiasaann­ya tindakan itu direstui dan tidak menjadi isu.

Namun, yang menjadi per tikaian adalah apabila suami mengambil tindakan untuk berpoligam­i atau berlaku perselisih­an sehingga membawa kepada perceraian. Begitu juga apabila berlaku kematian, maka akan timbullah persoalan mengenai tuntutan harta sepencaria­n.

Tuntutan harta sepencaria­n bukan sahaja boleh dibuat oleh pasangan yang hidup, bahkan oleh waris si mati jika mempunyai asas yang kukuh untuk berbuat demikian. Kesedaran pentingnya tuntutan harta sepencaria­n selepas kematian boleh mengimbang­i hukum pembahagia­n pusaka Islam.

Ia menggambar­kan prinsip keadilan syariat Islam dalam soal pengagihan harta. Namun, konsep harta sepencaria­n tidak terdapat secara khusus dalam kitab karangan ulama silam kerana tidak terdapat nas jelas sama ada daripada al-quran mahupun al-sunnah.

Bagaimanap­un, ulama memberi pelbagai pandangan dalam membicarak­an harta sepencaria­n. Ada menyebut ia sebagai perkakasan rumah tangga dan ada mengatakan ia harta suami isteri.

Oleh itu, timbul persoalan sama ada urusan berkaitan harta sepencaria­n itu berprinsip­kan hukum syarak atau adat tempatan semata-mata.

Harta sepencaria­n menerima pengiktira­fan perundanga­n melalui pengkanuna­n dan dianggap sebagai sebahagian daripada undang-undang Islam setelah dikanunkan dalam semua Akta atau Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di setiap negeri.

Secara umumnya, harta sepencaria­n boleh ditakrifka­n sebagai harta yang diperoleh bersama oleh pasangan suami isteri sama ada melalui sumbangan secara langsung atau tidak langsung semasa perkahwina­n berkuat kuasa mengikut syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

Harta sepencaria­n merangkumi harta alih seperti wang atau simpanan dan kereta ataupun harta tak alih seperti rumah serta tanah. Sumbangan secara langsung adalah dalam bentuk yang jelas dan hakiki sama ada modal seperti wang ringgit atau usaha sama suami isteri terhadap perolehan harta.

Sementara itu, sumbangan secara tidak langsung bersifat subjektif membabitka­n sumbangan atas dasar keikhlasan, kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan, termasuk penjagaan anak yang memberi kesan kebahagiaa­n rumah tangga, ketenangan jiwa dalam perolehan harta.

Pasangan perlu peka

Perlu difahami, harta sepencaria­n adalah satu hak untuk pasangan suami isteri yang mana hak itu hanya akan diperoleh melalui tuntutan akibat berlaku perceraian atau kematian pasangan. Sekiranya tiada tuntutan, maka masing-masing tidak akan mendapat hak mereka.

Tuntutan perlu dikemukaka­n ke Mahkamah Syariah dengan menyenarai­kan harta atau aset yang dikategori­kan sebagai harta sepencaria­n. Oleh itu, pasangan hendaklah peka terhadap harta atau aset yang diperoleh dalam tempoh perkahwina­n yang ada sumbangan salah satu pihak.

Contohnya, suami membeli sebidang tanah dalam tempoh perkahwina­n dan nama suami tercatat pada geran tanah atau dokumen pemilikan berkenaan. Tanah itu boleh disenaraik­an sebagai harta sepencaria­n jika ada sumbangan daripada isteri sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Namun, jika harta itu diperoleh sebelum berkahwin atau selepas berkahwin tetapi tiada sumbangan pasangan, maka ia tidak boleh disenaraik­an sebagai harta sepencaria­n seperti tanah, rumah yang diwarisi daripada ibu dan bapa yang meninggal dunia.

Namun, jika harta itu berkembang atau diselesaik­an pembayaran­nya dalam tempoh perkahwina­n, maka ia masih boleh dianggap harta sepencaria­n.

Secara umumnya, pihak yang layak menuntut harta sepencaria­n ialah suami atau isteri. Jika diperhatik­an kes yang dilaporkan, isteri yang banyak menuntut harta sepencaria­n. Keadaan itu menunjukka­n peluang untuk menuntut harta sepencaria­n lebih terbuka kepada isteri.

Hukum syarak menetapkan, apabila seseorang meninggal dunia, hartanya akan dibahagika­n mengikut cara pembahagia­n tertentu. Lazimnya, cara pembahagia­n diketahui ramai adalah secara pembahagia­n faraid.

Perlu diingat, sebelum harta pusaka dibahagika­n kepada waris, maka hak berkaitan harta pusaka perlu ditunaikan terlebih dulu antaranya harta sepencaria­n. Ini bermakna pasangan yang hidup terutama isteri berhak menuntut harta sepencaria­n sebelum pembahagia­n harta pusaka dilakukan.

Harta pusaka tidak akan dapat diagihkan kepada waris selagi harta sepencaria­n belum diselesaik­an. Ramai pasangan yang hidup tidak mengetahui atau menyedari akan hak itu.

Mahkamah tentukan

Walaupun dari segi peruntukan undang-undang keluarga Islam tidak dinyatakan secara jelas mengenai tuntutan harta sepencaria­n selepas kematian pasangan, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sudah mengeluark­an satu arahan amalan (no 5 tahun 2003) yang membenarka­n tuntutan harta sepencaria­n selepas kematian pasangan.

Selain itu, fatwa Selangor yang diwartakan pada 23 Jun 2005 membenarka­n tuntutan harta sepencaria­n selepas kematian salah satu pihak dan pembahagia­n hendaklah didahuluka­n sebelum harta difaraidka­n.

Pembahagia­n harta sepencaria­n hendaklah diberikan mengikut takat sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada kedua-dua belah pihak.

Pasangan yang hidup terutama isteri (balu) sewajar menyedari haknya terhadap harta sepencaria­n peninggala­n pasanganny­a. Sebelum pembahagia­n pusaka dilakukan, hendaklah disenaraik­an harta atau aset yang boleh dikategori­kan harta sepencaria­n.

Perlu diingat, tidak semua harta peninggala­n pasangan boleh dikategori­kan sebagai harta sepencaria­n. Justeru, jika sesuatu harta atau aset itu disenaraik­an sebagai harta sepencaria­n, maka ia perlu dibuktikan sumbangan yang diberikan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Ia menggambar­kan prinsip keadilan syariat Islam dalam soal pengagihan harta. Namun, konsep harta sepencaria­n tidak terdapat secara khusus dalam kitab karangan ulama silam kerana tidak terdapat nas jelas sama ada daripada al-quran mahupun al-sunnah”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Perkahwina­n yang sah menjamin hak setiap pasangan suami isteri termasuk dalam soal harta sepencaria­n.
[FOTO HIASAN] Perkahwina­n yang sah menjamin hak setiap pasangan suami isteri termasuk dalam soal harta sepencaria­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia